Beautiful Friends

Wednesday, March 6, 2013

Rasa bersalah.. tapiiiiiii...

Rasa bersalah sangat. Tapi buat jugak. Tambah pulak bila fridge ada macam-macam yang boleh dimasak. Dalam kepala pun macam-macam rasa nak masak. Tapi tak masak jugak. Rasa bersalah sangat ni. Memang la Cik Asben kata okey. Tapi still rasa bersalah. Tambah pulak bila ada dua orang dah mintak tolong masakkan ayam masak merah. Senang je nak buat, tapi MALASSSSSS la pulak sangat.


Semalam lepas semua balik sekolah, semua pakat tanya "Ibu masak apa hari ni?" (soalan wajib tiap hari pun tu). Then boleh Ibu jawab.. "jom semua siap, kita lunch kat OC hari ni (Kedai Siam)". Suka sangat la anak-anak.

Tapi biasalah kan. Makan kat luar ni kenyang mana sangat kan. Kejap tu lapar la balik. Dan Ibu yang masih cuba cover-cover takmo masak heavy ni cuma setakat cover dinner dengan sandwich fillet ikan. Amsyar dua set, Haazem satu set and Arif sakan dok makan macam-macam. Ibu pulak.. tak makan langsung.

Korang kalau sampai penyakit "M" tu buat macam mana?

6 comments:

  1. saat yang paling best masa balik sekolah ialah nak tengok apa lauk mak masak untuk lunch...

    net kalau malas masak, memang akan makan kat kedai... fast food jelah sebab area tempat tinggal belum lagi jumpa kedai siam atau restoran melayu..yang banyak ialah restoran tak halal tu... aishhh....

    ReplyDelete
  2. alah akak sekali sekala bukan selalu, lain laa cam qies lauk tunjuk ari2, lauk masak ujung mggu je huhu

    ReplyDelete
  3. NP & Qies,
    Yg rasa bersalah sgt ni sbb dh janji nak masak tapi tak jugak masak2. Dah seminggu jugak diaorg dok tanya.

    Fast food kat bawah ni pun ada.. tapi.. tu la.. kenyang setakat 2-3 jam jer. Lps tu cari nasik la jugak.

    ReplyDelete
  4. Asalamualaikum Sham.
    Saya bukan malas tapi letih (ecewahhh cover, padahal memang malas) nak masak, maka makan kedai la jawabnya. Keja penat2 cari duit, duit tu nak buat apa kan, makan ler. Kehkehkeh. Bagus punya alasan. Padahal. Sila jangan tiru macam saya :D

    ReplyDelete
  5. Kak sham,

    sama lah mcm saya. kadang tu baru semalam je penuhkan peti ais dengan barang belian kat asian store. Tetibe datang malas nak masak. Jadi makan luar je lah. Tapi takleh selalu nanti sayur sawi kangkung semua rosak.

    ReplyDelete
  6. Alaikumsalam wbt Dinas,
    Setakat mkn 1-2 org, mmg lagi jimat masa & duit kalau mkn di luar. Sbb bila masak sendiri ni, consume masa, energy & belanja too.
    Kalau Sham tinggal ngan Cik Asben je, maybe dine out jugak la kut.


    Farah,
    Tu sebenarnya yg buat rasa guilty ni. Kelmarin tu baru je top-up brg2 dapur. Alih2 mkn kat luar jugak. Haishhhhh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...