Beautiful Friends

Monday, March 16, 2015

Erti Al-Fatihah..

Assalamualaikum all,


Al-Fatihah.
Bacaan wajib dalam solat.
Kalau boleh difahamkan setiap baris ayat tu.. lagi la bagus kan.

Then baru teringat.. few months back.. Arif ada buat presentation untuk majlis KAFA. Nasyid yang bertajuk 'Erti Fatihah'.

So.. here Ibu paste erti Al-Fatihah untuk bacaan semua.  

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 

[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). 

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. 

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Tapi biasalah kita ni. Ada yang jenis kalau 'nasyid' lagi senang nak ingat. So, Ibu paste pulak mv untuk kita share. Rugi pulak rasanya bila selalu baca tapi masih tak faham maksud.

Insya'Allah.. cubalah ulang banyak kali. Walaupun nampak macam 'budak-budak'.. tapi kalau boleh bagi menafaat.. why not?

Ilal liqa' friends..

4 comments:

  1. Yang simple, tapi people takes for granted. Punyalah besar fadhilatnya, tapi kurang pula yang yakin. Walhal, sambil kacau gulai atas dapur, apa salahnya disulam dengan fatihah kan kak. Remind diri saya sendiri juga

    ReplyDelete
  2. Ya mmg aptut kita remind to each other akan kebaikannya. thank you for the good entry.

    feel free to visit and follow superbchombi.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Aziela,
    Kalau ada yg 'ingat' mcm tu.. itu yg paling baik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...