Assalamualaikum all,
Semalam satu hari tak makan nasi. Jangan salah faham, bukan Ibu diet nasi tapi sememangnya tekak yang tak lalu. Ended-up malam tadi, dalam tidur pun boleh dok mikir nak makan itu ini and masak itu ini. Maka nyer pagi-pagi ni seminit jer lepas Cik Asben keluar pi opis, terus Ibu masuk dapur mulakan operasi. Langkah pertama siang kangkung. Dua cekak sekali siang tu. Tapi ini kangkung version Cina hatta tangkai panjang. Kalau kangkung Sri Lanka atau India.. memang haru la. Sebab tangkai pendek-pendek, dah tu pulak daun kecik-kecik. Bab lumpur and tanah.. jangan citer la. Macam dia orang cabut, terus pi jual je.. Stok.. kangkung Cina ni memang mahal sikit dari yang lain tu, sebabnya kena order dari Thailand. Kangkung Sri Lanka atau India, banyak je jual kat sini. Harga pun jauh lebih murah.
Setakat nak cerita cara-cara menggoreng kangkung ni, tak yah la Ibu nak cerita. Semua orang dah pandai kan. Cuma beza sikit, masa nak menumis tu, campur sikit dengan belacan. Tapi entahlah.. dah nama pun orang sakit. tak rasa ape pun.. sama jer..
So ape lagi... bismillah...
No comments:
Post a Comment