Beautiful Friends

Tuesday, February 14, 2012

Gulai daging salai berserai


Assalamualaikum semua..
Masakan yang berasakan bahan-bahan utama yang telah "disalai" menggunakan tempurung dan sabut kelapa sangat la femes di Negeri Sembilan. Hatta, dari daging salai, ayam salai, ikan sembilang (ikan keli) salai, itik salai.. semuanya senang didapati di Negeri Adat Perpatih ini. Cara menyalainya, menggunakan tempurung dan sabut kelapa yang diletakkan di bawah para tempat bahan-bahan tadi disalai lalu dibiarkan kering hanya dengan menggunakan asap dari tempurung atau sabut kelapa tersebut. Asap sahaja ya.. dan bukannya DIBAKAR. Itu nanti dah jadi daging bakar la pulak.

Kebiasaannya Bonda akan menyalai sehingga 50-100 kg (sekali salai) memandangkan proses pembuatannya yang amat renyah dan "menyeksakan". Sapa la yang sanggup nak dok depan bara api sehingga 5-6 jam. Kalau sabut atau tempurung basah, maka makin lama la proses menyalai akan berjalan. Dah tu nak sedap makan, kena la usaha sikit kan. Daging salai ni pun masuk kategori "barang kawalan" di rumah ni bi makna, sesekali makan tu boleh la. Dah la susah nak dapat, kalau bawak stok ke sini pun, mampu bawak dalam 3-4 kg jer. Btw, nak tau kenapa Bonda selalu menyalai dalam kapasiti yang besar, sebabnya.. Bonda biasanya akan kumpulkan order dari beberapa pelanggan. Tak larat la wei buat sikit-sikit.. 

Nak masak daging salai ni ada banyak cara dan cara yang paling mudah dan simple, gulai dengan serai dan kemudian ditambah sedikit dengan daun kunyit.. wangi babe...

Okey, pada yang sudi berkongsi ilmu.. jom kita semak resepi.

Bahan-bahan;
Daging salai (kebiasaannya Ibu akan guna dalam 250gram untuk 5 orang makan)
* kuantiti mungkin berbeza sebab anak-anak Ibu semua layannnn gulai daging salai
Serai 4-5 batang, dibersihkan, dipotong dua lalu diketuk sedikit 
** untuk mengeluarkan air & bau serai
Cili api 
** adjustable la ya, masyarakat dirumah ni memang semua makan pedas
Kunyit hidup 
** in the absence of fresh turmeric, serbuk kunyit pun okey tho' rasa kureng la sikit
Santan 500gram (Ibu guna santan tin ajer)
** sedikit air diperlukan jika santan terlalu pekat
Daun kunyit (jika ada)

Cara-cara penyediaan;
Daging salai dibilas lalu dihiris nipis 
** by the moment daging masuk dalam kuah gulai, daging ni akan sedikit kembang.. tu sebab jangan hiris tebal-tebal sangat.
Cili api dan kunyit hidup di-blend sehingga halus, ditapis dan cuma diambil airnya lalu dimasukkan dalam bekas yang sesuai untuk menggulai.
Masukkan santan dan serai (dan ditambah sedikit air jika perlu).
Masakkan kuah dan kacau selalu untuk mengelakkan kuah meruap.
Apabila kuah telah mendidih, masukkan daging yang telah dihiris dan dikacau perlahan (selalu).
Perasakan dengan garam.
Apabila kuah dan masak dan daging dah lembut, matikan la api dan makna nyer dah boleh la makan tu.

Nota kaki;
Jika ada daun kunyit, bolehlah dimasukkan semasa kuah tengah mendidih.. hasilnya lagi wangi dan sedap.

Anak-anak Ibu yang nak test skill menyalai daging salai semasa bulan Ramadhan tahun lepas. Masuk kategori fear-factor jugak ni. Mau tidak nyer, bulan posa dok main api & asap.. tapi alhamdulillah, dia orang berjaya posa penuh pada hari tu (seperti hari-hari yang lain jugak)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...