Beautiful Friends

Wednesday, February 1, 2012

Nasi goreng sardin berlauk bende goreng berlada.. aci tak?


It's dinner time..
Otak dah buntu tahap tepu nih..
Nak masak heavy tak brape rajin.. so kesinambungan dari agenda masak-masak ari ni.. Ibu recycle goreng sardin lunch tadi, buat nasi goreng sardin pulak. Then as sidekicks, Ibu buat bende goreng berlada sudah la ya. Al-kisahnya, Ibu sememangnya berhajat nak buat masak asam pedas ikan merah lagi, akan tetapi ari ni dek be-bizi-an yang melampau.. boleh terlupa lak nak buat cili blend. Dah tu esok, lusa and tulat dah cuti. Kompom atau besar kebarangkalian.. dapur Ibu bercuti sama. So darikan bende tu buruk dalam fridge, elok la Ibu buat lauk ape yang patut.

Nak menggoreng nasi tu, sama jer cara nyer dengan menggoreng nasi yang lain-lain tu. Nak goreng bende tu pun.. sap-sap-soi jer. Kalau tak berapa yakin.. boleh lihat disini. Cuma hat telur goreng tu.. lepas dah setel semua tu, baru la pecahkan telur dan goreng dengan api perlahan. Kalau nak masuk awal-awal masa menumis pun, no hal la.. Kita masak, kita adjust la sendiri..

Satu jer advise Ibu, masa menggoreng bende tu, jangan la lama sangat dan kalau boleh jangan pilih bende yang muda sangat. Otherwise jadi macam hat dalam gambar tu la. Sayur bende tu dah terlebih lembut. Dah tak ada bunyi kruk-krak-kruk-krak lagi. Kureng syok la sikit. Tapi itu cara Ibu masak la.. kalau ada yang suka lembut macam tu, no sweat babe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...