Salam pagi Sabtu yang ceria..
Serta salam Maulidul Rasul 5 Rabiul Awal 1433
Hijrah..
Perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi junjungan
kita yang mana juga kekasih Allah.. semoga dengan ini juga kita akan lebih menghayati kasih sayang Rasulullah terhadap umatnya.. Aminnn..
Sejuk nyer la kat luar tu.. camana la nak pi kelas nanti ni. Dah tu lepas kelas, ada jemputan birthday party anak Lisa si Nadyne pulak. Best kan, tiap minggu ada je jemputan makan-makan. Dah tu macam mana la nak mendiet. Cehhhh..kunun la skali makan tu impak maksima sangat. Yang dok telan hari-hari tu, tak sedar. Maka dengan sebab itu jugak laaaa, Ibu slalu kata, hari Khamis memang bz bz bee dari biasa. Sebab benda-benda macam ni la. Weekend adaaaaaa jer hal. Memang jarang sangat la dapat dok umah dari pagi sampai ke malam. Kalau mak ayah tak buat plan, anak-anak pulak buat plan terjah.. ishhhhh...
Ni Ibu nak cerita sikit pasal my Cinonet.. yang tersangat la nakal and banyak mulut. Anak kesayangan Cik Asben ni. Tapi sebetulnya suma pun sayang.. mana ada beza-beza. Cuma being the youngest, manja lebih la sikit dari yang dua orang tu kan. Arif ni belum masuk sekolah lagi tapi insya'Allah, mid-Febuari ni Ibu dah nak daftarkan untuk Lower Kindergarden. Cuak lak rasa.. boleh ke mamat ni nanti??
So, recently, kita orang bawak la dia pi gunting rambut kat kedai Pinoy area office Cik Asben. Arif ni rambut memang sepesen betul dengan ayah nya. Hatta kalau ada orang tanya, "kenapa Arif takmo gunting rambut?".. maka dengan selamber dia menjawab.. "nak rambut macam ayah".. or .."janji bersih". So ape kes??
Kisahnya masa kat kedai Pinoy gunting rambut ni, jenuh jugak la Ibu suruh barber tu gunting rambut Arif pendek (2-3 kali jugak la). Ada pulak dia orang yang lebih-lebih lagi sayang nak gunting. Even selepas diberi tau yang mamat ni dah nak masuk sekolah, ada jugak yang kata.. "he's still small, it's OK.." Dah tu nak wat camana, dah baka jenis comel kan kan kan.. tapi umur dah nak masuk 4 tahun. Memang patut dah masuk LKG.

Nevertheless, Ibu tabik toink toink la ke Arif malam tu sebab dia berjaya menyelesaikan sessi menggunting rambut tanpa "menangis". Selalunya baru lalu depan kedai pun, Arif dah bagi warning, "Arif tak mo gunting rambut ya".
Syabas bebeh.. dah besar anak Ibu..
No comments:
Post a Comment