Beautiful Friends

Friday, February 10, 2012

The over-posed.. mihun goreng taucu


Salam hari Jumaat yang barakah..
Hari ni kita share resepi mihun goreng taucu la ya. Walaupun isi perut masyarakat di rumah ni memang "kureng" melayan segala masakan yang berasaskan TAUCU, tapi Ibu tetap nak masak sebab Ibu nak makan. Sesekali bagi "can" la ikut tekak Ibu pulak ya..

Cara memasak mihun goreng taucu ni, sama jugak dengan lain-lain goreng mihun cuma beza.. masa menumis tu campur je sesudu dua taucu. Still kurang pasti.. jom kita sama-sama semak resepi.

Bahan-bahan;
Sepeket mihun (direndam sekejap, untuk melembutkan.. biasa la kan)
Sebiji bawang besar
5-6 ulas bawang putih
Cili (jika nak pedas)
* Jika suka guna cili paste.. no prob
1-2 sudu makan taucu (adjustable)
1-2 sudu makan sos tiram
Udang (kalau alah pada udang, boleh jer guna fillet ayam)
3-4 biji telur ayam
Sayur sawi atau sebarang jenis sayur (logik la)

Sidekicks;
Tauhu goreng
Lada benggala sebarang warna

Cara-cara menyediakan;
Bawang merah, bawang putih dan cili di-blend
Tumiskan hingga naik bau
** Pada yang menggunakan cili paste, time ni boleh la tumiskan sekali
Kemudian masukkan udang atau ayam dan goreng hingga masak
Masukkan telur dan goreng bersama (jadi macam telur hancur tu)
Masukkan pula taucu dan sos tiram
Kacau hingga sebati
Toskan mihun, lalu digoreng bersama bahan-bahan yang telah digoreng tadi
Apabila mihun telah hampir masak, masukkan sidekicks ie. lada benggala, tauhu goreng serta sayur sawi
Perasakan dengan garam
** Sos tiram dan taucu adalah 2 bahan yang sememang nyer mempunyai kadar garam yang tinggi.. so be a bit careful with your seasoning or salt
Beres..
Hidangkan dan sedia untuk di-ngap

Not kaki;
* Untuk mihun goreng taucu ni, lagi sedap kalau ada taugeh yang dimasukkan akhir sekali.. yakni taugeh separa masak (ada bunyi kruk-krak-kruk-krak). Akan tetapi memandangkan masyarakat di rumah ni tak makan taugeh, so I'll skip it.
** Jika suka bawang goreng, hirisan daun sup, air asam (limau nipis) etc.. terpulang la.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...