Ini
bukanlah gambar menu yang Ibu masak hari ni. Mana la nak cari siput sedut kat
negara Pasir Berdengung ni. Tapi hari ni Ibu cuma nak share sedikit petua
cara-cara nak mendapatkan kuah gulai yang "kuning" semasa menggulai
siput sedut.
Baru-baru
ni ada sorang kawan Ibu dok jalan-jalan tengok album koleksi masak-masak Ibu.
Then dia tanya macam mana kuah gulai siput sedut Ibu "kuning"
sedangkan dia punya, sedikit kehitaman. Then ada masa tersedut sekali lumpur..
Aduhaiiii.. bab tersedut lumpur tu yang tak syok tu. Okey, ni rahsia kita jer
tau.. Bonda selalu pesan ke Ibu, kalau nak menggulai siput sedut ni, kita rebus
dulu hingga masak. Siput sedut ni bila dah digulai, isinya akan menjadi kenyal
hatta tak serap kuah la. So, dengan itu bila kita dah rebus dahulu, isinya
akan;
1.
Lebih bersih sebab lumpur kat dalam tu immediately keluar.
2.
&& dengan cara ini, kuah kita akan confirm kuning.
3.
Ada masa nyer, setakat mencuci atau merendam siput sedut ni, blom tentu pasir/lumpur
atau kotoron di kulit siput tu akan tanggal, insya'Allah.. dengan cara merebus
ni.. mudah sikit kerja kita.
So
makna nyer, kita kenalah rebuskan dahulu. Then baru kita masakkan pulak kuah
gulai nyer. Later, baru la kita masukkan siput sedut yang telah direbus tadi.
As
well as, siput sedut dan lain-lain spicis yang sewaktu dengannya sebetulnya
takda rasa ape pun. Cuma the thrill dok menyedut tu yang buat SEDAP. So, untuk
itu semasa menggulai tu, letak la sedikit gula (sedikit jer tau) sebagai
pemanis. Insya'Allah, kuah gulai kita lagi lemak dan sedap dari biasa.
** To whom it may concern.. harap soalan anda telah terjawab...
saya pembekal barangan basah. Buat masa ini saya menjual/supply siput belitung/siput sedut
ReplyDelete*Harga-RM9.00/sekilo Membeli melebihi 100kg
sila hubungi kami canpuyu005@gmail.com
kuala perlis