Assalamualaikum all,
Cuaca diluar memang sejuk malam ni. Jadinya habis sahaja kelas karate anak-anak tadi, terus Ibu and family gerak balik rumah. Walaupun ada hajat nak dine diluar, pospon lain kali aje la. Tak sanggup la hamba babe... Tambahan pulak dengan keadaan Arif yang masih batuk-batuk. Jangan cari pasal la, karang makin melarat, sendiri jugak yang menanggung.
Sampai sahaja di rumah, jam belum pun pukul 7.00pm (rekod tu). Tapi adat la, dah time dinner.. maka terpaksa masuk dapur balik la jawabnya. Btw, anak-anak suma dah siap-siap tapau Hungry Bunny Burger. Si Haazem la tu, takmo makan nasik. Dah tu ada pulak "moral support" dari Amsyar and Arif... Hurrmmm.. Ibu ngan ayah je yang makan nasik malam ni nampaknya. Tapi elok jugak kalau Ibu masak siap-siap, mana la tau kalau tetiba bebudak ni nak carik nasik jugak nanti. Tak ke haru??
Jadinya, lauk ringkas jer untuk malam ni, cukup la udang goreng kunyit. Lagi pun, as I mentioned earlier, Ibu tengah gigih ber-marathon nak mengosongkan isi perut freezer ni. So there you have it. Ada rezeki, panjang umur.. insya'Allah kita jumpa lagi.
Daaa...
No comments:
Post a Comment