Salam
pagi Jumaat yang barakah to all..
Hari
ni, dalam nak tak nak masak.. Ibu kena masak juga.
Pertama
sebab perut lapar and before hero-hero Ibu gi Solat Jumaat kat Masjid Kabir,
kenalah isi cukup-cukup dulu.
Kedua,
fridge dah hampir penuh tu. Idea masak macam-macam tapi memandangkan asyik
adaaaa jer hal, asyik tertangguh jugak la plan nak masak tu.
Ketiga,
malam tadi, Ibu over-load.. so faham-faham sudah la.. so bahana dari kelaparan
tahap melampau ni.. nasik jugak yang ku cari..
Yang
sebetulnya semalam kat umah Ija, kami sempat merasa sotong masak kicap.. air
tangan Cik Ija ni memang secukup rasa. Hatta anak-anak Ibu yang a bit selective
tu pun, boleh masuk perut. Kira okey sangat la tu. Jadi nyer berinspirasikan
dari lauk Cik Ija tu, ari ni Ibu masak sotong goreng kunyit. Lagi pun lama
jugak dah Cik Asben berhajat ni. Tapi itu la.. asyikkkkk ada jer hal, so
asyikkkkkk pospon je la jugak.
Nak
masak sotong goreng kunyit ni, simple ya amat. Maka ketahuilah bahawasanya, Ibu
ni bukanlah jenis yang suka masak-masak menu yang complicated. Janji anak-anak
and Cik Asben agree with it, dah kira syukur alhamdulillah sangat.
Pada
yang sudi berkongsi ilmu dengan Ibu, jom tengok kat bawah;
Bahan-bahan
Sotong
(also applicable to daging, fillet ayam dan udang)
Cili
merah dan cili hijau - dipotong serong
Bawang
besar - dimayang
Serbuk
kunyit
Garam
Minyak
untuk memasak (standard la kan)
Cara-cara
Bersihkan
sotong dan potong mengikut cara masing-masing.. no restriction okey
Toskan
dan gaulkan dengan serbuk kunyit.. hat kuning tu ikut la banyak mana sotong
kita tu... adjustable
Kemudian
terus goreng kosong dalam kuali (untuk keringkan air sotong)
Selepas
agak-agak air sotong tu dah kering, boleh la masukkan sedikit minyak
Masukkan
bawang besar yang telah dimayang bersama dengan cili hijau dan merah
Perasakan
dengan garam
Gaul
sebati
Setel
dan sedia untuk dihidangkan..
No comments:
Post a Comment