Beautiful Friends

Monday, February 13, 2012

Singgang ikan belanak


Hi all,
Lunch hari ni Ibu nak makan yang simple-simple jer.. bi makna masak pun yang simple-simple jugak la. Kebetulan pulak sejak baik dari demam ni memang tekak asyik nak "yang masam-masam" ajer. Untuk anak-anak terpaksa la masak yang lain sebab dia orang tak pandai nak makan ikan belanak ni. Ikan ni memang sedap, lemak tapi memandangkan size nyer yang kecil so "bab nak buang tulang" tu yang renyah sikit.

Okey, pada yang berhajat.. jom kita semak resepi;

Bahan-bahan;
Ikan belanak (kalau nak guna ikan lain pun boleh)
Sebiji bawang besar
4-5 ulang bawang putih
Sekeping asam keping
Sedikit halia (pada yang suka guna lengkuas.. dipersilakan)
Lada hitam (optional)
Sayur-sayuran (ikut suka)

Cara-cara memasak;
Mayang bawang besar, bawang putih serta halia (atau lengkuas) setelah itu ditumis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air, dan masukkan pula asam keping.
** time ni Ibu suka masukkan 1 kiub stok ikan bilis sebagai pemanis (optional).
Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan serta sayur-sayur yang disukai.
** Ibu suka campur sayur bende dan tomato.. tapi kalau nak boh sayur lain seperti bunga kobis dsb, dipersilakan.
Kacau perlahan lalu perasakan dengan garam dan tutup api sekiranya ikan telah lembut.
Beres.

Nota kaki;
Pada yang suka "panas" bolehlah masukkan lada hitam ketika kuah sedang mendidih.
As I always said, masak-masak ni "adjustable", tak perlu la terlalu terikut dengan resepi. As long as "basic" ada, the rest will follow.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...