Assalamualaikum & selamat pagi.
Hari ni Ibu nak share satu lagi edisi sempoi dan
menggemukkan.. Ayam goreng masak tomato. Kali ni nak menyampaikan hajat Si
Manja Ibu. Dia ni makan memang senang hatta ayam goreng dan ikan goreng saja
dah cukup. Cuma kesian la pulak tengok dia asyik mengadap menu yang sama. Hatta
bila diberi pilihan antara ayam masak kicap dan ayam goreng tomato, ini yang
dipilihnya. Menu ni kiranya merangkap brunch la jugak sebab Haazem ada ka rumah, cuti sebab exam-break.
Ayam kat sini suma cute-cute belaka gamaknya. Macam
ayam tak cukup umur la pulak. Memang setakat ni, Ibu tak jumpa pulak lagi yang
besar-besar. Maybe disebabkan Pak dan Mak Arab ni selesa dengan saiz yang comel
macam tu, belah dua.. dah setel untuk dua orang makan.
Ayam ni sebenarnya Ibu rebus dahulu, kemudian
digoreng sekejap lalu dicelup di dalam sos/kuah tomato. Jika sudi berkongsi
ilmu, sila lihat di bawah.
Bahan-bahan;
Seekor ayam sederhana besar
* Sebiji bawang besar
* 3-4 ulas bawang putih
* sedikit halia
(dikisar)
** Tomato 3-4 biji
** Cili besar (jika nak tambah pedas, guna terus cili api)
(juga dikisar)
3-4 batang serai - diketuk
Sedikit kayu manis
Sedikit bunga lawang
Sedikit bunga lawang
Sedikit buah pelaga
Gula
Garam
Cara-caranya;
1- Ayam direbus seketika atau sehingga lembut.
2- Apabila telah lembut.. keluarkan, dibelah dua dan diperap seketika dengan bahan kisar *.
3- Perasakan juga dengan sedikit garam.
4- Setelah itu digoreng hingga kulit ayam menjadi garing (kejap saja sebab isi dah lembut semasa direbus).
5- Tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
6- Masukkan serai dan bahan kisar ** serta perasakan dengan gula dan garam.
7- Tambahkan sedikit air jika sos menjadi terlalu pekat.
8- Apabila semuanya telah mesra, masukkan ayam dan seratakan sos tomato tersebut.
9- Beresss...
Nota kaki;
Jika rasa ingin menambah hirisan bawang, lada hijau/merah atau lain-lain eksesori.. itu atas daya kreativi masing-masing la.
No comments:
Post a Comment