Beautiful Friends

Saturday, March 17, 2012

Mengundang Kehadiran Malaikat di Rumah


Assalamualaikum all,
Joy rising Saturday morning..

Setiap orang Muslim sudah pasti menginginkan rumah mereka sentiasa dihadiri para Malaikat Allah. Ini kerana dengan kehadiran para Malaikat, selain dapat menghindarkan dari syaitan, ini juga akan melahirkan suasana aman, tenteram serta kedamaian rohani di rumah tersebut. Where else would you like to be when your house is already like heaven.

Namun sudah tentu terdapat spesifikasi tertentu untk mendapatkan rahmat yang sedemikian. Jika sebelum ini kita berkongsi ilmu tentang rumah-rumah yang tidak didatangi oleh Malaikat Rahmat, kali ini kita kongsi pula rumah-rumah yang sentiasa didatangi oleh Para Malaikat.

Diantaranya ialah;

1- Rumah orang yang sentiasa diliputi zikir kepada Allah yang di dalamnya ada ruku' dan sujud.

2- Rumah yang sentiasa bersih.


3- Rumah yang penghuninya adalah mereka yang jujur dan sentiasa menepati janji.

4- Rumah orang yang sentiasa menyambung tali silaturahim.

5- Rumah yang dihuni oleh mereka yang makanannya halal.

6-Rumah mereka yang penghuninya sentiasa berbuat baik kepada kedua orang tuanya.



7- Rumah yang sentiasa ada tilawah A-Quran.

8- Rumah yang penghuninya adalah terdiri dari mereka yang suka menuntut ilmu. 

9- Rumah orang yang kaum isterinya adalah isteri yang solehah.

10- Rumah yang bersih dari barang-barang yang haram.

11- Rumah yang dihuni oleh mereka yang merendah diri, sabar, tawakkal, qana'ah, dermawan, pemaaf yang sentiasa bersih lahir dan batin dan juga orang yang tidak makan terlalu banyak.

Semoga segala yang kita lakukan mendapat berkat dan rahmat-Nya serta dilimpahi kebahagiaan sejati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...