Selamat
tengah hari.
Ibu
tengah dok buntu sebab banyak sangat stok IKAN dalam fridge sampaikan tak tahu
nak masak yang mana dulu. At last, masak ikan tenggiri asam rebus je la ya.
Yang lain-lain tu, please take turn..
Asam
rebus ni bukanlah favorite anak-anak sangat (sebab tak ada colour). Tapi
memandangkan ini antara menu yang paling sempoi ie,
1-
Ada ikan goreng
2-
Ada sayur bende
3-
Ada kuah, masam-masam pulak sikit
Soooo..
okey la kan untuk setakat lunch 4 beranak hari ni. Malam karang untuk dinner,
kita masak yang lain pulak. Okey, takmo citer banyak.. jom kita sama-sama study
resepi.
Bahan-bahan;
Ikan
tenggiri - diperap dengan serbuk kunyit dan garam untuk seketika lalu kemudian
digoreng garing.
Sayur
bende
Lada
merah (kalau nak pedas, guna cili api)
Sebiji
bawang besar - dibelah 4
2
batang serai - dipotong 2 dah diketuk sedikit
2
keping asam keping
Sedikit
serbuk kunyit.
Cara-cara
menyediakannya;
1-
Didihkan air di dalam periuk dan masukkan sedikit serbuk kunyit.
2-
Setelah itu masukkan serai yang telah diketuk dan asam keping, biarkan ia
mendidih sekejap.
3-
Kemudian masukkan pula sayur bende dan bawang besar yang telah dibelah 4.
4-
Biarkan seketika dan kemudian bolehlah dimasukkan pulak ikan tenggiri yang
telah digoreng tadi.
5-
Akhir sekali masukkan lada merah yang telah dipotong/dibelah (ikut citarasa
sendiri) dan perasakan dengan garam.
6-
Dah selesaiiiiii...
Mak Piah masak ikut resepi nih hari ni...:-)
ReplyDeleteThank U.
MP,
ReplyDeleteMost welcome sayang.