Alhamdulillah..
Berbaloi sungguh bawak extra stok kali ni. Sampai sekarang masih boleh merasa nikmat makan daging salai. Kalau dulu setakat masa balik cuti sahaja. Kali ni, berkat menyalai masa bulan Ramadhan yang lepas.. boleh la melayan tekak dan selera sampai sekarang. Harap-harapnya jangan la stok rosak sebab ramai yang suka dengan juadah ni. Bukan setakat masyarakat dalam rumah ni sahaja. Bahkan kalau ada sahabat handai yang berkunjung, ini la lauk "emergency" yang boleh Ibu hidangkan.
Daging salai ni sedapnya kalau dimakan dan dicampur dengan mangga, bachang, cepu, buah belimbing buloh. Kalau tidak pun pucuk ubi dan kalau yang paling "simple" dengan serai sahaja pun dah memadai. Tapi kalau di rumah ni, memang mangga la yang dicari.
Rasanya Ibu dah pernah tulis resepi, tapi untuk yang baru hendak mencuba.. okey, jom kita study resepi sama-sama.
Bahan-bahan;
1- Daging salai - dihiris-hiris
2- Santan (ibu guna 1 tin santan pekat)
3- Cili api - secukup pedas
4- 2 biji mangga (ikut la masam/kurang masam masing-masing ya)
5- Sedikit serbut kunyit (dah tak ada kunyit hidup)
Cara-caranya;
1- Blend cili api hingga halus, tapis dan ambil airnya sahaja.
2- Masukkan santan dan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
3- Sedikit serbut kunyit.
4- Kacau selalu dan jangan biar kuah meruap.
5- Apabila kuah telah mendidih, masukkan hirisan daging salai.
6- Masak seketika dan bolehlah dimasukkan mangga yang telah dihiris nipis.
7- Perasakan dengan garam, dah selesai...
Nota kaki;
Sebaiknya daging salai ini dibasuh terlebih dahulu sebelum dihiris. Dikuatiri semasa proses menyalai ada insiden-insiden yang tidak diingini. Jika dibasuh selepas dihiris pula, hilanglah "manis" daging salai tersebut.
terliurnya.....
ReplyDeleteNP,
ReplyDeleteJgn sampai air liur meleleh kluar.. spoil je "cun" tu nanti..