Assalamualaikum all,
Alhamdulillah, sampai sudah hajat Ibu nak masak asam pedas ikan merah. Masalah terbesar (pada Ibu) dalam menyediakan masakan ini sebenarnya MINOR sangat. Ibu kurang rajin nak buat cili kering blend (cili boh). Tapi kalau dah sekali buat, boleh la tahan sampai dua minggu. Memang ada yang ready-made. Tapi mana nak sama dengan yang kita buat sendiri kan. Kali ini Ibu masak tak guna daun kari but instead of it guna daun kesum dan bunga kantan. Yang lain-lain tu remain the same la.
BTW, bunga kantan ni Ibu order dari kedai Bobby. Jenuh jugak la nak menerangkan rupa dan bentuk bunga kantan ni. Siap kena bukak buku lagi. Dalam bahasa Siam, bunga kantan dipanggil "Dok Dala". Sambil order itu ini, sempat la jugak Ibu belajar sepatah dua perkataan Siam. Semua ni.. nak makan nye pasal. Hence, baru je ni tadi Ibu dapat tau yang sebetulnya bunga kantan ni banyak sungguh khasiatnya. Antaranya;
1- Menghilangkan bau badan wanita yang baru lepas bersalin
2- Pencuci luka badan
3- Penambah selera makan
4- Menghilangkan lendir dan kahak pada tekak
5- Juga dipercayai baik untuk menambahkan tenaga batin bagi lelaki
6- Juga dipercayai dapat melegakan bengkak dan kesakitan akibat dari sakit telinga
Whereas for daun kesum (and by the way, in Bahasa Siam, they called daun kesum Pat Phai);
1- Membantu melancarkan sistem penghadaman makanan sekiranya diambil dengan cara yang teratur.
2- Mampu mengatasi masalah kelimumur
3- Berupaya bertindak sebagai ubat panau
4- Air rebusan dari daun kesum juga berkhasiat untuk mengubati masalah keputihan bagi kaum wanita
Masya'Allah, sesungguhnya Allah menciptakan sesuatu itu dengan sebabnya yang tersendiri.
Okey, back on the recipe. Jika ada yang sudi berkongsi ilmu, Ibu dah tepek resepi di bawah ya.
Bahan-bahan;
Seekor ikan merah
3 senduk makan pes cili kering (cili boh)
* Sebiji bawang besar
* 5-6 ulas bawang putih
* Halia sebesar ibu jari
(semua bahan-bahan bertanda * dikisar halus)
Sedikit daun kesum
5-6 helai bunga kantan, disiat-siat
1 sudu makan pes asam jawa Adabi
Sidekicks;
Tomato, bende, terung, sayur asin dll (ikut selera dan tekak masing-masing la ya)
Cara-caranya;
1- Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2- Masukkan pes cili kering dan dimasak sehingga terbit minyak.
3- Masukkan air dan kacau perlahan hingga mendidih.
4- Setelah itu masukkan ikan yang telah dicuci dan dipotong (ikut suka la ya)
5- Masukkan daun kesum dan bunga kantan yang telah disiat-disiat tadi.
* nak masuk sekeping-sekeping pun terpulang la.
6- Jangan pula lupa masukkan sidekicks.
6- Jangan pula lupa masukkan sidekicks.
7- Apabila ikan telah hampir masak, perasakan dengan garam.
8- Kacau sebentar dan sekiranya ikan telah lembut.. dah masak la tu.
Nota kaki;
Khasiat-khasiat daun kesum dan bunga kantan di atas, Ibu gugel dari
1- Tok Wi
2- Blog ini
3- Blog ini
4- Di sini
No comments:
Post a Comment