Assalamualaikum all,
Today, a friend of mine shared this one wonderful link belongs to Tok Wan. Harap minta dihalalkan dunia dan akhirat kerana Ibu berkongsi ilmu di sini. Tetapi yang paling Ibu suka baca adalah satu entri mengenai penggunaan minyak-minyak wangi. Sebabnya.. sebenarnya Ibu pun sangat suka memakai minyak wangi. Memang kalau ada sale on perfumes di sini, Ibu la antara hamba Allah yang akan "wajib" menziarah sale tersebut. Okey, jom kita share sesama ilmu yang diperturunkan dari Tok Wan ni.
Minyak wangi buat jin muntah....
Bau wangi merupakan santapan roh,
ianya dapat menyegarkan jiwa, memberi kesegaran rohani dan dapat membangkitkan
semangat dalaman seseorang. Bau wangi dikatakan dapat membersihkan otak dan
jantung serta setiap organ dalaman tubuh manusia. Bau-bau wangian mempunyai
khasiat dan para malaikat amat menyukainya, manakala syaitan-syaitan amat
membencinya, kerana diantara perkara yang disukai syaitan adalah bau yang busuk
dan menjijikkan.
Sudah beberapa kali menyapukan
minyak wangi dihidung pesakit yang kerasukan ketika rawatan, hasilnya 99% dari
mereka akan termuntah, jin yang menganggu akan komplen minyak wangi itu terlalu
busuk untuk mereka hidu. Kerana itulah diantara tanda-tanda mereka yang
mengalami masalah gangguan jin, adalah tidak suka pada bau-bau wangian. Roh
yang baik akan menyukai bau yang wangi manakala roh yang jahat akan menyukai
bau yang busuk. Setiap roh akan cenderung pada bau yang sesuai dengannya.
Ada riwayat mengatakan Nabi Sulaiman
a.s adalah orang yang mula-mula mengetahui sifat-sifat penyembuhan pada herba
dan bunga-bungaan. Setiap bunga, pokok dan tumbuh-tumbuhan mempunyai bentuk
zahir dan juga rohnya (fizikal dan spiritual). Disinilah timbulnya ilmu
aromatherapy, iaitu cara merawat penyakit dengan menggunakan bau-bauan.
Haruman-haruman tersebut dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti menekan
bunga sehingga minyak keluar dari kelopaknya atau dengan menyuling air melalui
kelopak bunga dan berbagai-bagai cara lagi.
Minyak wangi yang mengandungi
alkohol tidak sesuai untuk tujuan rawatan atau membuat ubat. Ini adalah kerana
campuran alkohol pada zat bunga itu, akan "membunuh" zat bunga
tersebut.
Didalam alam kesufian, minyak wangi
digunakan pada setiap peringkat perkembangan perasaan (tingkatan-tingkatan perasaan).
Ianya bertujuan untuk mempengaruhi emosi dan pusat-pusat kerohanian. Contohnya
seperti minyak cendana, disyorkan apabila hendak melakukan amalan kerohanian
yang serius kerana ianya dapat mendiamkan egoisma badan terutamanya berkenaan
dengan tenaga batin. Begitu juga dengan minyak bunga ros, ianya dapat membersih
dan mempertingkatkan kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual.
Untuk tujuan rawatan dan membenteng
diri dari gangguan jin, minyak wangi boleh dibacakan dengan surah-surah seperti
Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas serta ayatul Qursi, atau boleh
dibacakan dengan apa juga ayat-ayat al-quran, selawat atau zikir-zikir
tertentu. Ianya juga boleh digunakan untuk tujuan pelaris dan pemanis. Cuma
ianya memerlukan kaedah-kaedah yang khusus dan niat yang baik dari si pemakai.
Ini adalah untuk mengelakkan kehadiran jin pendamping.
No comments:
Post a Comment