Beautiful Friends

Thursday, March 29, 2012

DIET!!!! atau cara mudah untuk kurus (Siri 4)

Assalamualaikum all, 

Alhamdulillah, berjumpa lagi kita hari ini untuk berkongsi sedikit lagi ilmu tentang tips dan petua-petua cara mudah untuk kurus melalui pemakanan yang sihat. Sebenarnya banyak lagi yang Ibu jumpa melalui pembacaan beberapa artikel, blog kesihatan malahan online news. Itulah manfaaat dari Encik Gugel dan Tok Wi. Okey, without further ado.. 


1- Minuman berperisa "masam"
Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Jadi instead of all those minuman yang biasa, mintalah minuman yang kurang bergula dan masam.


2- Jangan terlalu kerap menimbang berat badan
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak dan waktu itu anda menimbang berat badan, pastinya berat akan meningkat. Ini  mungkin akan menyebabkan anda rasa berputus asa untuk terus berdiet. So, friends.. you know what to do after this..


3- Makanan berempah baik untuk proses penghadaman
Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili dan biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan kadar pembakaran lemak.

4- Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

5- Simpan diari
Diari mempunyai pengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

6- Niat - jaga pemakanan untuk sihat bukan untuk kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


7- Cara memasak yang sihat - merebus, memanggang atau mengukus
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


8-Pinggan makan
Ketika memilih piring makanan, ambillah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

9- Pergerakan ringan selepas makan
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi. Atau lebih mudah, bergerak sambil mengemas meja makan, membasuh pinggan atau lain-lain aktiviti dengan maksud yang sama juga boleh memberi manfaat.

Ibu rasa cukuplah dengan tips dan petua-petua yang telah diberikan setakat ini. Mudah-mudahan usaha gigih rakan-rakan yang dalam proses menguruskan badan dengan cara sihat berhasil hendaknya. Insya'Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...