Beautiful Friends

Thursday, March 15, 2012

Halia dan khasiatnya



Hi all,
Asyik masak, masak and masak sahaja.. so kali ni apa kata kita share sikit knowledge about ginger or halia. At least we know what we are adding into our daily food.

Halia dikatakan mula dijumpai di negara China. Ada juga yang mengatakan bahawa, ada kemungkinan ia  berasal dari negara tersebut. Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. yang mana berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.

Manakala bagi masyarakat Melayu (khususnya) halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin badan. Air rebusan halia amat sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan. Bau halia yang segar juga mampu membangkitkan aroma dan perisa makanan dan minuman.

Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.

Di samping itu juga, halia boleh mengubati;
1- Penyakit sendi
2- Cirit-birit
3- Pening kepala
4- Demam panas
5- Menghilangkan bau busuk atau hanyir
6- Membuang kahak dan lendir dalam kerongkong
7- Menguatkan tenaga batin dengan cara menambahkan air mani
8- Membantu proses peghadaman makanan
9- Halia juga dikatakan mampu membunuh sel barah (rujukan dari sini

 
Ini sahaja yang mampu Ibu share on khasiat halia untuk kali ini. Kalau ada sesapa yang nak add-on.. dipersilakan. Sharing is caring maaaaa...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...