Beautiful Friends

Monday, March 26, 2012

DIET!!!! atau cara mudah untuk kurus (Siri 2)

Assalamualaikum all,

Kat sini baru je selesai ribut pasir. Itulah hakikat yang perlu diterima bila dah tinggal di negara Pasir Berdengung ni. Kita yang duduk di rumah ni pun "lemas", bayangkan la dengan those yang bekerja di luar sana. Tapi apakan daya, hidup perlu diteruskan. My kids, alhamdulillah cuma Bujang Sulong yang bersekolah while Si Manja masih bercuti hujung semester. Meriah la rumah sebab Arif ada kawan bergaduh.

No worries... I take it as a bless.. sambil-sambil extra kemas rumah, boleh jugak banyakkan pergerakkan badan ie. bakar kalori. Positive thinking babe.. So hari ni apa kata kita sambung topik tentang cara-cara hendak "kurus" yang lebih mudah serta sihat. Okey.. 

Tips yang pertama
Pergerakan ringan semasa bangun dari tidur.
Bangun tidur pagi-pagi tu buatlah senaman yang ringan-ringan seperti renggang badan, macam mana nak buat tu mudah sangat. Berdiri tegak, angkat kedua belah tangan hingga terkena kuping telingga dan jari silangkan dan selepas tu jengketkan kaki perlahan-lahan sambil tarik nafas dan buat berulang-ulang. Sebenarnya senaman ini jugak baik untuk kesihatan jantung kita.

Tips yang kedua
Bersarapan pagi.
Sarapan pagi sebenarnya adalah amat penting. Ini adalah kerana ia akan membekalkan metabolisma pada badan bagi melakukan rutin-rutin harian. Tapi memadailah dengan"bersarapan" dan bukannya makan hingga tahap "melantak". Secukup rasa la kan. Ye la, macam mana nak buat kerja kalau badan tak ada tenaga kan?? Bila kita bertenaga untuk melakukan tugas-tugas kita, bermakna potensi untuk membakar lemak-lemak dan kalori dalam badan adalah lebih tinggi.

Tips yang ketiga
Banyakkan berjalan.
Bagi yang bekerja, janganlah terlalu memanjakan diri. Sekiranya kita perlu ke sesuatu tempat yang mampu kita pergi dengan hanya "berjalan kaki", tak perlulah berkereta. Sambil kita berjalan, kita juga mengurangkan kos parking serta mengurangkan kesesakan lalulintas. Jika perlu, kalau nak parking kereta tu, cari la parking yang jauh sikit. As I said, banyakkan berjalan.. senaman jugak tu.

Tips yang keempat
Makan tengahari pada kadar yang berpatutan.
Sewaktu menjamah selera, jaga selera dan tekak. Ibu faham, sure semua tengah lapar waktu ni kan. Tapi sebaiknya elakkan makan makanan yang berminyak dan berlemak. Banyakkan mengambil makanan seperti di dalam piramid pemakanan yang diajar semasa di sekolah dahulu. Jika kurang ingat, bolehlah rujuk gambar di bawah.


 

Tips yang kelima
Kunyah makanan hingga lumat/hancur.
Logiknya, bila kita mengunyah makanan hingga hancur, ini akan memaksimakan lagi proses pencernaan makanan. Ini kerana air liur kita mempunyai enzim untuk sistem percernaan di dalam perut kita. Di samping itu juga, ini akan mengelakkan "tercekik" semasa makan dan juga boroi selulit akibat pencernaan yang rumit.


Tips yang keenam
Dahulukan memakan buah-buahan.
Ada baiknya jika memulakan memakan buah-buahan sebelum memakan sesuatu hidangan. Ini kerana buah-buahan mempunyai serat dan ini baik untuk dinding usus serta memudahkan lagi sistem pencernaan. Sekiranya sebelum ini kita mengamalkan mengambil buah-buahan selepas menjamu selera, apa kata mulai hari ini kita cuba cara ini pula. Nak kurus kannnnn...

(Ini adalah contoh semata-mata)

Tips yang ketujuh
Meminum air kultur.
Pada yang kurang pasti apakah itu minuman kultur, tu Ibu ada bagi sample gambar. Banyak lagi sebenarnya jenama dan perisa yang ada dijual dipasaran. Cuma happen to be, inilah jenis minuman kultur yang Bonda dan Si Manja Ibu paling suka minum. Hatta diberi apa pilihan/perisa pun, wajib habis. Namun begitu sebenarnya minuman jenis ini amat baik untuk sistem penghadaman kerana ia mengandungi inulin dan bakteria baik dan sesuai untuk kebaikan usus.


Tips yang kelapan
Jangan kerap minum air yang bergas serta berais.
Sebaiknya elakkan meminum air yang sebegini, tapi Ibu minum jugak sebab "sedap". Tapi pada yang gigih dan bersemangat untuk "kurus" eloklah dibanyakkan meminum "plain water" sahaja ya.

Tips yang kesembilan
Elak dari makan lewat malam.
Banyak kajian menunjukkan bahawa kerap makan lewat malam boleh mengakibatkan dan menggalakkan gejala obesiti atau berat terlampau akibat selera makan yang berlebihan tak kira waktu dan masa. Jadi, mulai hari ini atur jadual pemakanan kita.. tapi sesekali boleh kut??

Tips kesepuluh
Kurangkan ‘screen time’.
Kurangkan screen time di sini bermakna anda harus mengurangkan masa anda bersantai-santai di bilik atau pun di dalam rumah. Pendek kata, kurangkan masa menonton televisyen dan di hadapan komputer. Anda akan kurang untuk melakukan aktiviti luar sekiranya masa anda banyak dihabiskan di depan televisyen. Tambahan pula apabila kita semakin lama menghabiskan masa di hadapan televisyen, kebarangkalian kita akan "mengunyah" makanan juga tinggi. Time ni mula la nak cari chips la, kerepek la, jajan la... kan ke semua tu anasir-anasir yang menjana isu "kegemukan".

Okey, sepuluh tips telah diberikan. Mudah-mudahan ada yang "berkenan" di hati. Insya'Allah, jika semangat dan disiplin kita kuat, semua kita boleh buat.























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...