Assalamualaikum all,
Makan, makan dan makannnnnnn saja. So kali ni apa kata kita cerita pasal isu DIET pula. Semua orang (kebanyakannya) mengharapkan untuk mempunyai badan yang cantik serta sihat. Mungkin entri kali ini
sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan (termasuk Ibu sendiri) untuk mencapai matlamat tersebut. Sebelum kita bincang mengenai tips untuk kekal langsing, badan cantik, sihat dan lain-lain lagi, terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan kita GEMUK. Di antaranya;
1- Makan dengan berlebihan lantaran STRESS. Akibatnya kita makan dengan kerap, terlalu banyak malahan tidak seimbang.
Sebenarnya ada banyak tips untuk berdiet dengan cara sihat, tapi dalam siri pertama ni apa kata kita bincangkan 7 sahaja dahulu.
1.NEAT
Ini adalah singkatan kepada Non-exercise
Activity Thermogenesis. Ianya berkait rapat dengan metabolisma. Kajian
menunjukkan bahawa mereka yang melakukan pergerakan kaki semasa duduk, banyak
berdiri dan berjalan mampu membakar lebih 350 kalori sehari jika dibandingkan
dengan mereka yang hanya duduk sahaja. Ini bersamaan lebih kurang 37 pound
setahun.
2. Kawal pemakanan
Pastikan anda mengawal pemakanan
anda. Pastikan setiap juadah makanan yang diambil tidak melebihi 400 kalori.
Makan sekerap mungkin tetapi pada kuantiti yang sedikit. Corak pemakanan begini
ada kaitan rapat dengan kadar metabolisma, lebih banyak kalori dibakar, ia
juga merendahkan kadar kolesterol (fasting cholesterol level) di dalam
badan. Apabila makan lebih kerap tetapi kuantiti sedikit, kita tidak merasa
terlalu lemah akibat berdiet.
3. Bersenam dengan kerap
Kita sebenarnya tidak perlu pergi ke gimnasium, semata-mata untuk bersenam atau berlari di sekeliling taman sehingga 5-6 pusingan. Kita hanya perlu meningkatkan aktiviti di luar sahaja. Elakkan daripada duduk sahaja atau tidur. Lakukan aktiviti
seperti berjalan kaki, bersiar-siar. Biarkan badan anda berpeluh.
4. Minum air 8 gelas sehari.
Rajinkan diri untuk meminum air (plain water) sebanyak 8 gelas sehari. Air
bukan sahaja penghilang dahaga malah boleh mempercepatkan metabolisama badan.
Para penyelidik di German mendapati dengan meminum air sebanyak 8 gelas sehari
mampu menaikkan kadar metabolisma sehingga 30% dan kesan ini berlarutan
sehingga 90 minit. 1/3 adalah kerana proses di dalam badan untuk memanaskan air
tersebut dan selebihnya adalah proses penyerapan air. Dengan meminum air, anda
sebenarnya tidak menambah kalori sebaliknya anda menggunakan kalori.
Aktiviti mudah ini juga mampu membuat anda
kurus. Ini kerana badan anda bergerak melawan graviti, maka lebih banyak tenaga
diperlukan. Maka lebih banyak kalori dibakar.
6.
Tidak perlu bersusah-payah mencari
atau membeli dumbbells. Ada cara yang lebih mudah iaitu dengan menggunakan grocery bags sebagai
dumbbells (jimat kos). Ini juga mampu membakar kalori.
Okey, 7 tips telah diberikan. So, tunggu apa lagi??
Sebenarnya semua orang boleh mengurangkan berat badan tapi dengan satu syarat dan yang paling utama ialah "keinginan" untuk berubah untk menjadi kurus dengan cara yang sihat. Insya'Allah, jika kita yakin dan bersungguh-sungguh.. semuanya boleh tercapai. As my mom always says, "Jika semangat dan disiplin kita kuat, semua boleh buat".
Sebenarnya semua orang boleh mengurangkan berat badan tapi dengan satu syarat dan yang paling utama ialah "keinginan" untuk berubah untk menjadi kurus dengan cara yang sihat. Insya'Allah, jika kita yakin dan bersungguh-sungguh.. semuanya boleh tercapai. As my mom always says, "Jika semangat dan disiplin kita kuat, semua boleh buat".
No comments:
Post a Comment