Beautiful Friends

Monday, March 19, 2012

Khasiat Bawang Putih


Khasiat Bawang Putih 

Kali ni Ibu nak share khasiat Bawang Putih pulak. Baru je tau sebenarnya. Terima kasih yang tak terhingga pada Tok Wi (Wikipedia) yang banyak berjasa dalam memberi ilmu yang amat berguna ini. Juga pembacaan dari beberapa blog teman-teman di alam maya. Harap halalkan ilmu yang Ibu cedok ini dunia dan akhirat.

Bawang putih atau garlic dalam bahasa Inggerisnya memang amat popular di kalangan mereka yang mengamalkan perubatan tradisional. Mudah di dapati di pasaran dan sering disebut sebagai ubat tradisional yang menakjubkan yang dapat menyelesaikan banyak masalah perubatan sejak zaman-berzaman serta mampu memerangi bakteria, melawan parasit usus dan berjenis-jenis virus.

Khasiat bawang putih memanglah banyak, di antaranya;

1- Penawar sengatan
Ambil 2 ulas bawang putih, ditumbuk hingga lumat dan terus tampal di tempat yang terkena sengatan lipan atau kala jengking

2- Penawar sakit kepala
Ambil 3 ulas bawang putih, ditumbuk hingga lumat dan terus pupuk di atas dahi.

3- Penawar batuk dan lelah
Ambil 3 ulas 3 ulas bawang putih. Ditumbuk, dan diperah untuk mendapat jus/airnya. Gaul dengan 1 sudu besar madu asli dan 1 sudu teh gula. Makan kesemuanya. lakukan beberapa kali hingga baik.

4- Penawar cacing kerawit
Kunyah dan telan seulas bawang putih.

5- Penawar kembung perut
Panggang atas api 5 ulas bawang putih. Makan ketika terasa perut masuk angin.

6- Penawar mulut busuk
Tumbuk hingga hancur 3 ulas bawang putih bersama 9 kuntum bunga cengkih. Digunakan sebagai ubat gigi dan dicampur dengan air buat berkumur. Lakukan 3 kali sehari.

7- Penawar luka kecil
Ambil 4 atau 5 ulas bawang putih ditumbuk hingga lumat. Tampal di tempat yang luka.

8- Penawar buasir
Ambil 4 ulas bawang putih. Belah dua. Campur dengan 1/2 cawan cuka. Rebus sampai mendidih. Bila sejuk, makan atau tumbuk lumat 3 ulas bawang putih bersama 1/2 inci halia.

9- Penawar sakit otot
Ambil minyak bawang putih dan gosok di bahagian badan yang sakit seperti di belakang, di bahu, di punggung.

10- Penawar sakit kerongkong
Ambil 10 ulas bawang putih ditumbuk, kemudian diambil airnya. Campur dengan air bersih, terus ditapis dan terus diminum untuk membersihkan kerongkong.

11- Penawar sakit gigi
Tumbuk 3 ulas bawang putih. Ambil 3 sudu teh cuka, 1 sudu teh garam, 1 sudu teh madu. Gaul kesemuanya dan tampalkan pada gigi yang sakit. 
Atau
Tumbuk lumat 2 ulas bawang putih. Campur dengan 1 sudu teh minyak sapi. Campurkan kedua-dua bahan ini. Panaskan dan masukkan ke dalam gigi yang berlubang.

12- Penawar bisul
Ambil 1 ulas bawang putih, pecahkan dengan belakang pisau. Sapu atau gosok beberapa kali pada bisul sehingga ia mengecil dan hilang.

13- Penawar payu dara yang sakit
Rebus 1 labu bawang putih dengan sebanyak 2 cawan air. Minum airnya 3 kali/sehari

14- Penawar selsema
Campurkan 3 sudu besar madu dengan 5 ulas bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Gaul rata dan minum/makan.


Lain-lain khasiat/kegunaan:

1- Membantu pencernaan serta membantu menambah selera makan.

2- Membantu menyekat pembesaran/pertumbuhan sel barah - seperti barah kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada, serviks

3- Berkesan mengawal paras/tahap gula dalam darah.

4- Membantu merendahkan tahap lipoprotein jahat LD2, VD2 dalam darah serta meningkatkan tahap lipoprotein yang baik HD2 dalam darah dan menyekat pengumpulan darah.

5- Membantu melancarkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.


Kepercayaan:

* Masyarakat mesir purba percaya bahawa bawang putih boleh membantu merawat kecacingan, jantung dan sakit kepala

* Masyarakat Melayu percaya bawang putih yang dicampur dengan minyak kelapa boleh digunakan sebagai minyak urut yang baik.

* Getah bawang putih boleh mengatasi masalah kulit/tumit pecah.

* Orang China percaya bahawa bawang putih boleh membantu buang angin dalam badan, menambah rasa pada makanan dan mengurangksan panas badan.

1 comment:

  1. Wah bagus ya
    untuk membantu bagi Anda yang ingin merasakan khasiat bawang putih rebus namun sulit mendapatkannya di daerah Anda, kami jual bawang putih rebus

    KLIK jual bawang putih rebus

    Atau langsung 0813-80-262524 (Ryan) SMS/WhatsApp/Telegram/Line

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...