Beautiful Friends

Saturday, March 3, 2012

Cencaru goreng sumbat



Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. memang berbaloi la meredah angin kuat balik dari kelas karate pagi tadi. Walhal dalam senarai wajib beli cuma ada udang, ikan kerisi, ikan tenggiri dan ikan kerapu je. Sekali Cik Asben nampak je ikan jaket ni, memang dah takmo nak survey kedai lain dah (takut tak sempat je nanti) terus beli 2kg. Sekilo pun baru 750fils (dalam RM8.00). Tapi tak tau la mahal ke murah kalau dibandingkan dengan harga di Malaysia sekarang ni.

Then masuk je dalam kereta, terus la berkira-kira nak masak ape pulak.. nak bakar ke, nak masak asam pedas ke, nak goreng je ke. Sebut pasal ikan jaket/cencaru ni kan, dulu masa Ibu dok kat asrama, sikit pun tak pandang ikan ni. Sanggup puasa kalau menu ari tu "ikan jaket". Tapi sekarang ni, siap bercari pulak kat pasar. Tu la kan, bila kita ni dah keluar dari kelompok "confort zone" suma benda-benda dan makanan yang dulu pernah kita "ignore", itu la yang paling kita dok mencari kan kan kan..

Well, dinner malam ni (lepas dok discuss dengan Cik Asben) we decided to goreng sumbat je. So, mula la Ibu gugel sana, gugel sini.. then modify ape yang patut. Biasa la, tak "modify" tak sah kan. So kalau sudi, jom tengok resepi di bawah.


Bahan-bahannya;
Ikan cencaru (ikan jaket la)
* 2 biji bawang besar
* 5-6 ulas bawang putih
* Sedikit serbuk kunyit
* 2 biji cili merah (besar)
- Kalau tak cukup pedas, boleh tambah cili api
2 helai daun kunyit - dihiris halus
2 biji limau nipis
Gula
Garam

Cara-cara menyediakannya;
1- Ikan cencaru dibelah belakang dan dibersihkan, ketepikan.
2- Bahan-bahan * dikisar sehingga halus.
3- Kemudian digoreng dengan menggunakan sedikit minyak sehingga menjadi pekat (paste).
4- Biarkan sebentar sehingga sejuk.
5- Selepas itu perasakan dengan garam, gula dan sedikit perahan air limau nipis. 
** Time ni bolehlah dimasukkan sekali hirisan daun kunyit tu.
** && bolehlah dimasukkan "bahan sumbat" ke dalam ikan jaket.
6- Panaskan minyak, jangan terlalu banyak. Memadai sekadar ikan separa tenggelam.
7- Goreng sehingga garing.
8- Beresss dan bolehlah dihidangkan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...