Beautiful Friends

Wednesday, March 28, 2012

DIET!!!! atau cara mudah untuk kurus (Siri 3)




Assalamualaikum all,

Wahhhhh.. rupa-rupanya masih banyak lagi tips dan petua yang boleh digunapakai jika kita ingin menguruskan badan dengan cara yang sihat, yakni tidak mendera badan dan perut. Tips dan petua-petua ini semuanya Ibu dapat hasil dari Encik Gugel, Tok Wi serta pembacaan beberapa artikel. Pada yang dalam "usaha" untuk menguruskan badan, jom... 

1- Kerapkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan. 
Sayur-sayuran dan buah-buahan bukan sahaja memberikan vitamin dan mineral kepada tubuh, bahkan ia menjadi diet pelengkap kepada tubuh kita. Oleh itu dengan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi, secara tidak langsung kita akan mengawal selera makan agar tidak berlebihan. Maka, tiadalah masalah pertambahan berat badan.

Ini hanya gambar hiasan semata-mata. Anda tidak digalakkan mengambil sarapan pagi dengan kadar yang sebegini besar.

2- Sarapan pagi. 
Jangan tinggalkan sarapan pagi. Ramai di kalangan kita, anda atau sesiapa sahaja yang meninggalkan sarapan pagi semata-mata untuk mengurangkan pengambilan makanan. Ini adalah salah satu teknik yang salah. Mereka yang meninggalkan pengambilan makanan sarapan pagi akan mudah dan cepat untuk berasa lapar. Ini sering mengakibatkan pengambilan makanan yang berlebihan semasa makan tengah hari. Ini akan menyebabkan mereka mengambil nilai kalori yang jauh lebih banyak berbanding nilai yang sepatutnya diambil pada waktu sarapan pagi.

3- Jangan berlapar. 
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh sangat menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah.Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

4- Makanlah sesuatu yang pahit sebelum makan.
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Tips ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

5- Kurangkan garam. 
Biasanya kita hanya diingatkan agar mengurangkan gula. Namun yang demikian, pengambilan garam yang tinggi sebenarnya menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6-  Makan dengan perlahan-lahan. 
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gelojoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan. Semakin cepat kita puas, maka kita tidak akan mengambil makanan berlebihan dari sepatutnya.

7- Mengunyah makanan kepada cebisan yang lebih kecil. 
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam. Lebih cepat makanan dihadam, maka kurangkan potensi selulit dan kegemukan.

8- Makan kerap tapi dengan kuantiti yang sedikit.
Kita kerap mendengar "biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak". Namun berapa ramaikah yang mengamalkannya. Jadi mulai dari hari ini, pada sesiapa yang gigih hendak menguruskan badan, sila ambil perhatian kepada tips ini.

9- Sediakan stok "mint" atau "benda-benda yang berangin". 
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di dalam mulut akan membantutkan selera anda.


10- Kurangkan pengambilan produk marjerin dan butter. 
Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda. Jadi to all cakes lovers dan yang sewaktu dengannya, ingat-ingatlah ya.

Insya'Allah, jika Ibu jumpa lagi apa-apa tips dan petua untuk menguruskan badan, akan Ibu perturunkan dan kongsi di sini lagi. Until then..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...