Assalamualaikum,
Salam pagi Khamis yang barakah. Alhamdulillah, selesai sudah bersahur. Mudah-mudahan sampai la puasa Ibu hingga ke waktu bukak puasa nanti. Btw, ari ni kan first day of the month.. bi makna.. Ibu boleh goreng sardin la. Kan dulu penah kata, sardin cap ayam dalam rumah ni bahan catuan. Kena control elok-elok sebab kalau nak mintak mak pos dari Malaysia pun tak berbaloi sebab "berat". Jadi kena guna dengan berhemah la.
Time sahur ni, lauk yang paling senang nak masak, sardin la kan. Kali ni Ibu goreng pedas jer.. macam selalu.. and at the end of my cooking, Ibu perahkan sikit asam limau.
Rasanya semua dah biasa and pandai bab menggoreng sardin ni kan. Bahan-bahan pun dah well verse. Ibu cuma tumis bawang merah, bawang putih dan cili api. Tumis hingga naik bau, kemudian masukkan sardin dan goreng hingga garing. Lepas tu jika suka masukkan la hirisan bawang besar dan perasakan dengan garam. Last sekali perahkan sedikit asam limau, settle.
Okey.. pada yang baru nak berkira-kira nak masak sardin untuk lunch etc.. selamat memasak..
No comments:
Post a Comment