Assalamualaikum,
Uhhhh, what a day again today. Pagi-pagi lagi dah menggoreng nasi. Perencah.. telur, fillet ayam, kobis and semestinya PODEH. Hajat nak bawak pi ke kelas karate. Sementara tunggu anak-anak abis kelas karate, boleh la the parents memanaskan perut pulak. Lagi pun keadaan cuaca di luar yang tersangat la sejuknyer, tak sanggup la Ibu nak meredah angin ke Mc Donald (seperti kebiasaannyer). The rest of the gangs, bawak jugak la macam-macam.. ada yang tapau pau goreng, kuih flat a.k.a kuih lapis, roti cheese, teh-O, buah limau dan buah anggur.. Tapi masih jugak tak mampu nak menampung kesejukan cuaca yang sememangnya telah diramalkan sejak dari minggu lepas lagi (walaupun setelah sessi memanaskan perut selesai). Nasib baik la, Sukan Rakyat semalam cuaca tak sesejuk hari ni otherwise.. ramai yang rela berpeluk tubuh disebabkan kesejukan yang amatttt.. Btw, managed to snap a picture of my nasi goreng sempoi before its being taken away to karate class.
Selepas kelas karate, jemaah bersetuju berkonvoi the Souk Al-Kabir pulak. Ape lagi kalau bukan acara menempah baju jersi anak-anak. Ibu pun terjebak sama jugak. Kesian bebudak ni asyik pakai jersi yang sama saja. Lagi pun buatan dari "the said shop", boleh kira.. secukup rasa jugak la.. Dibawah adalah koleksi gambar lama Ibu.. and as you can see, the kids are all so excited every time they visited the shop. Reason... sure dapat baju baru la..
Last but not least.. its lunch time.. perut pun dah lapar... especially the kids la. They haven't eaten anything since they've ended their karate session today. Dia orang ni bab makan bukan kira sangat kat mana-mana pun sebab mana-mana dia orang pergi, they sure have their "favorite" there. Maka, HALO-HALO tempat dituju. Its not an easy tasks managing a group of kids when they are just so hungry. Boleh panic mak-mak kat situ. The dads, selamber jerrrr... Here is one of my old collection, a picture of us having Halo-Halo (ABC)... and actually that is the main reason we visited the shop.
No comments:
Post a Comment