Assalamualaikum..
Jumaat, 27hb Januari 2012 bersamaan 4 Rabi Al-Awwal 1433 kami sekeluarga telah dijemput oleh Azian dan suami untuk meraikan hari lahir anakanda mereka Talhah Fazneen yang ke-8. Satu lagi jemputan makan-makan, bermakna satu hari lagi Ibu tak payah masak kat umah.. YAHOOOO !!!!! Bukanlah malas sangat nak masak tapi sesekali nak jugak jamu tekak sendiri dengan air tangan masakan orang lain pulak.
Kita orang sampai kat umah Yan dalam pukul 2.00pm, just nice la sebab memandangkan majlis bermula kul 1.30pm. Kalau pi awal sangat nanti orang kata gelojoh sangat (ayat nak cover lewat). Itu pun Cik Asben dah bising-bising nak gerak awal sebab nanti kami nak tumpangkan Amsyar pulak ke kelas karate dengan Kak Elli.
Kita orang sampai kat umah Yan dalam pukul 2.00pm, just nice la sebab memandangkan majlis bermula kul 1.30pm. Kalau pi awal sangat nanti orang kata gelojoh sangat (ayat nak cover lewat). Itu pun Cik Asben dah bising-bising nak gerak awal sebab nanti kami nak tumpangkan Amsyar pulak ke kelas karate dengan Kak Elli.
Food wise, memang banyak.. macam-macam ada. Daging salai masak lemak, sambal tumis udang ngan petai, kerabu mangga, satay, ikan masin goreng, kuih-muih tradisional, mi rebus etc. Rasa macam kat Malaysia je la pulak. Best babe tapi memandangkan perut ni dah sedikit "berisi", tak berani la hamba nak suka-suki telan itu-ini. Karang OVER LOAD, sendiri jugak yang menanggung.. Rugi besar karang. So SMI la ya..
Antara juadah yang disediakan oelh Tuan Rumah.. superb..
Picture credit to Capt.Malik FB album
Satu lagi BEST nyer bab majlis-majlis makan macam ni, waktu seperti inilah kebiasaannya kami rakyat Malaysia dapat berkumpul, bertanya khabar antara satu sama lain, update itu-ini dan ape-ape yang patut la. Tho' negara Pasir Berdengung ni tak la sebesar mana pun but still this is an opportunity that should not be missed by all. Bukan senang nak jumpa kawan-kawan serentak at one place. Nak terjah umah orang, harap maklum je la ya. Lain la macam umah Ibu.. sesiapa yang sudi.. ahlan wa'sahlan.. Cuma bagi la notice 1-2 jam awal sikit, boleh la jamu ape yang patut. Otherwise, air teh tarik bujang je la ya.
Birthday girl with mom & friends..
Later, around 3.30pm kami pun gerak la balik.. nak pi kelas karate pulak ni. Tak syok la kalau pi lewat, tambahan pulak Amsyar dah sedia menunggu kat kelas. Bujang Sulong tu penyegan sikit, tambah pulak kalau dia dok sensorang.
Pada Tuan Rumah (if you're reading this chapter) mintak ampun mintak maaffff... kami balik hari tu tak sempat pun nak mohon dan ucap terima kasih pada Yan dan suami. Jenuh dah mencari, tapi tak jumpa jugak. But nevertheless, from the bottom of our heart.. TERIMA KASIH DAUN KELADI, NANTI JEMPUT LA KAMI LAGI...
No comments:
Post a Comment