Hi all,
Are we under the same addictions?
Dulu masa memula sampai sini, memang boring gilos la. Dah la tak ada kawan.. dah tu nak jalan-jalan pulak tengah ngandungkan Arif so memang kena banyak berehat. Nak dok umah jer.. aduhai.. boleh kejung dek kebosanan la. Tapi time tu mujur la ada Zira (wife Aizam). Sesekali jumpa meriah la jugak. Memang dugaan betol la masa tu. Memang most of the time rasa macam nak balik dok Tanah Malaya ajer..
Ada jugak la a few times Cik Asben bawak jalan-jalan pi kedai buku. Tapi most of the books Ibu tak minat nak baca or rasa sangat la tidak berbaloi kalau nak beli. Majalah pun harga banyak yang mengarut. Bukanlah nak berkira sangat tapi waktu tu rasa 2-3KD dah besar sangat la untuk sebuah buku. Infect sampai ke hari ni pun dengan harga yang macam tu.. memang MAHAL!!!
Then later Cik Asben bagi tau kat bawah opis dia ada satu kedai buku ni yang dia sendiri pun tak penah masuk pun. So on one fine day, Ibu pun pi la terjah. Best babe.. Godek punya godek, macam-macam ada. Even my Mills & Boon pun ada. Rasa macam "pucuk dicita.. buku yang dapat". Besides selling those books, kedai ni jugak ada buy back policy. So kalau rasa-rasa buku yang dibeli tu tak berbaloi dibuat koleksi persendirian, boleh je dipulangkan semula. Kira macam sewa la. Setakat ni buku-buku yang Ibu dah baca, memang buat reta terus la. Even ada yang dah dihantar balik ke Tanah Malaya pun. Mana la nak simpan buku-buku tu kat rumah ni. Tempat terhad.
The owner, Mr Jacob.. memang peramah ya amat la. Dengan keadaan kedai yang comel yet tersusun.. memang rasa selesa sangat nak melepak kat sana even 2-3 jam sekali pun. Tapi pandai-pandai la bawak diri. Ini kedai jual/sewa buku bukannya perpustakaan.
Satu je masalah kalau Ibu dah mula pegang buku-buku ni.. tak reti nak berhenti. Ada masa sampai lebih dari time tidur, terlajak sampai ke suboh pun selalu. Dulu masa ngandungkan Arif, memang selalu sangat la terlajak sampai Cik Asben dah nak pi kerja, baru la nak berhenti. Sekarang with Amsyar and Haazem dah masuk sekolah, tak berani la nak buat macam tu lagi. Sia-sia je anak-anak tak pi sekolah karang sebab Ibu terlajak tidur.
Tho anak-anak Ibu bukanlah jenis yang boleh melekap kusyuk ngadap buku, but still dia orang seronok lepak kat kedai tu sebab dia orang jumpa a few reading material yang kena dengan taste masing-masing. Here I would like to share some pictures taken during our last visit there.
My department a.k.a my little sanctuary
Sila abaikan tajuk buku yang terpampang.. ini hanya untuk tujuan sessi promosi semata-mata
No comments:
Post a Comment