Assalamualaikum..
Tahun 2011, tahun yang cukup penuh dengan pelbagai cerita suka duka. But as for me, I like to take it as ONE full year full of joy, happiness & memories. Dengan dikelilingi para sahabat bagi menambah PERISA didalam kehidupan harian Ibu, tahun 2011, cukup menduga hingga adakalanya dugaanNya.. mampu membuatkan Ibu menitiskan air mata.
Malam tadi, Ibu sempat meraikan hari lahir 3 orang sahabat.. tidak ketinggalan meraikan lahir lahir suami tercinta Cik Asben.. hoping that all of them were having a blast last night..
The 4-1 birthday people.. Azrin (25th Dec) Rita (30th Dec) Laila (31st Dec) & Cik Asben (1st Jan). Semoga panjang umur, murah rezeki, semakin bertambah matang diusia ini serta ceria-ceria sokmo weii !!!
Btw, menu malam tadi cukup simple.. namun cukup membuatkan kaum ibu "tersandar" di kerusi & sofa. Menu selingan mee kari (mee kuning credit to Puan Noraniza) & nasi putih lauk gulai udang.. burpp.. alhamdulillah..
Ini bukanlah the actual picture from last last menu tapi sekadar nak "re-fresh".. Udang gulai dengan serai, cuma malam tadi tak ada la pedas macam biasa sebab ramai anak-anak join sekali kenduri tu.. Itu pun pagi ni banyak lagi belen, tapi alhamdulillah.. tak payah la Ibu nak pening memikir lunch untuk ari ni..
Dan satu lagi menu, mi kari.. mi kuning credit to Puan Noraniza (Ija).
No comments:
Post a Comment