Beautiful Friends

Thursday, January 5, 2012

HRC Dubai




My obsessions.. besides maps, signage & flip flops.. Hard Rock Cafe souvenir magnets is another one of my favorite. Kalau tak swap, beli, kalau tak beli kirim ke kawan. As I mentioned earlier, Nazar kan p Dubai last week. So I take the opportunity untuk kirim fm HRC ni. 

Dulu khabarnya HRC Dubai ditutup.. sebab musabab tidaklah diketahui. Tapi baru-baru ni sempat la skodeng komen Nazar kat satu link kawan ni kat FB. Hamba Allah tu kata, HRC Dubai dah officially dibuka semula. Huissshh.. pucuk dicita ulam pulak yang mendatang. So bila dapat jer perkhabaran yang Nazar nak p Dubai, maka Ibu dengan muka yang "kurang malu" teruslah mengirim semua design HRC yang ada.

Setakat ni ada dua guitar shape & satu button (yang bulat tu la). Jadi nyer malam tadi bila Cik Ija ajak makan-makan kat rumah dia, maka teruslah Ibu sms ke Nazar.. mintak dia prepare BILL. Mana la tau kan, $$ deposit tu ari tak cukup.. sia-sia je ke kawan-kawan. 

Ape-apepun, terima kasih la skali lagi pada Nazar & family sebab sudi layan kiriman Ibu ni.. Muahsss.. Ibu suka sangat...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...