Tuan Rumah..
Antara jemputan yang terawal..
Juadah yang disajikan.. secukup rasa..
Puan Yati selaku co-host..
Allahumma bariklana..
Alhamdulillah..
Kenyang sampai ke malam kami hari ni. Jemputan makan-makan di rumah terbuka
dari Puan Noor Aza sekeluarga sememangnya kami terima dengan sangattt suka
hati. Bukan sahaja meriah dengan jemputan yang hadir, malah juadah yang
terhidang sahaja sudah cukup menyenakkan perut yang sememangnya memang minta
diisi.
Dengan
keadaan Ibu yang masih bermalas-malas nak turun ke dapur, jemputan sebegini
amat ditunggu-tunggu. Anak-anak pulak sememangnya tak sabar menunggu sehingga
selepas solat dzohor, bukan atas alasan "makan-makan" tapi hanya
sebab nak berjumpa kawan-kawan. Maklum sahajalah.. dah lama masing-masing
bawa haluan ke kampung halaman. Hanya sekarang berpeluang berjumpa semula.
Pada
keluarga Puan Aza dan suami, terima kasih kerana menjemput kami. Ada rezeki,
nanti buat lagi..
No comments:
Post a Comment