Haaaa..
yang ini kira makanan budget. Budget pun kalau convert RM still boleh tahan
jugak. Bab dalca tu saja yang kena “berharga” sikit. Tapi masih kira okey laa
jugak. Setakat carrot, kacang buncis, terung, capsicum dan cili merah tu.. kira
harga-harga biasa je.
While
the bread, memang murah sangat. Sekeping cuma 100fils. Kira dalam RM1.10 saja.
Makan separuh pun susah nak habis. Besar gilos roti Turki ni. Dah tu tebal
pulak. Tapi sedapnya makan masa panas saja. Bila dah sejuk.. harap maklum je
la.
Ibu
masak dalca ni pun sebab dah berkurun tak buat (sebenarnya). Nak masak tu,
bukan susah sangat sebenarnya. Cuma nak tunggu dalca tu lembut je yang sengsara
sikit. Unless guna "pressure cooker" macam my mom. Sekejap je dah
siap. Nevertheless, sesekali rasa macam nak tukar selera laa pulak. Tapi kata
Cik Asben dalca kambing lagi "kick". Haishhhh.. nak kena buat lagi la
tu.
BTW,
kalau ada yang nak share resepi, sila lihat di bawah ya.
p/s;
Resepi asal ni guna daging tapi since kali ni guna ayam.. so adjust-adjust laa
mana yang patut ya.
Bahan
A
1
kg daging (also applicable to daging kambing)
3/4
cawan kacang dal
5
ulas bawang putih (ketuk)
1
inci halia (ketuk)
3-4
sudu makan rempah daging
1
sudu teh kunyit serbuk
secukup
air untuk merebus
sedikit
daun kari
Bahan B
kentang
(optional)
1/2
cawan santan pekat
I
keping asam keping (boleh ganti air asam jawa, kalu rajin)
Bahan C
2
biji bawang besar, hiris
1
biji buah pelaga
1
batang kayu manis
1
biji bunga lawang (star anise)
1/2
tsp biji sawi (mustard seed)
sedikit
daun kari
Sayur-sayuran untuk dalca
Lada
hijau, Kacang panjang/ buncis, terung, bunga kobis, lobak merah etc
Caranya
1. Rebus bahan A hingga daging setengah empuk, masukkan bahan B dan teruskan merebus dengan api sederhana/perlahan (slow-cooking)
2. Tumis bahan C dengan sedikit minyak hingga wangi dan bawang garing (light brown), dan tuangkan semuanya (dengan minyaknya sekali) ke dalam periuk daging. Teruskan merebus hingga dal hancur dan kuah pekat. Bubuh garam sesedap rasa.
Masukkan lada hijau dan sayur-sayuran, bila semua dah cukup masak dan pekat… setel..
Note;
untuk ayam – sebaiknya rebus kacang dal dulu sebab ayam cepat lembut.
No comments:
Post a Comment