Beautiful Friends

Wednesday, September 5, 2012

Masak saja apa yang ada..


Sangat la penat otak dan badan. Kemas sana, sini tak settle. Sini settle, sana bersepah balik. Sejak balik dari Tanah Malaya memang belum sempat lagi nak rehat dengan aman dan tenteram. Dalam otak asyik duk fikir nak buat itu dan buat ini. Barang-barang pun ada lagi dua kotak belum selesai dikemas lagi. Itu belum lagi servis tahunan angkara meninggalkan rumah lebih dari dua bulan. Maklum sahajalah, tinggal di negara berdebu ni.. pasir menyelit masuk sana sini. Lemasssss...

Sambil-sambil tu perut nak jugak diisi. Takkan laa asyik nak tapau Subway and Great Steak sahaja. Anak-anak okey laa tapi bagi Ibu and Cik Asben yang perut Melayu original ni, nasi jugak yang dicari. Tak aci laa dengan setakat roti dan burger saja.

Malam ni dengan segala kekurangan, tak ada daun kesum, tak ada bunga kantan, tak ada serai.. Ibu masak asam pedas. Tentu ada yang tanya kenapa tak bawak dari Tanah Malaya. Jawapannya.. saja.. saja takmo membanyakkan bekalan masuk ke sini. Cukuplah sekadar rempah-ratus dan lain-lain barang kawalan yang perlu. Yang lain-lain tu, biarlah dibeli di sini sahaja. Sebabnya bila dah terlalu banyak, jadi membazir pulak. Kalau dulu petai pun Ibu import dari sana, sekarang ni sejak dah ada kedai Bobby, tak perlulah risau sangat. Guna sahaja apa yang ada. Jika ada yang kata petai Siam tak sesedap petai kita.. pada tekak Ibu, sama jerrr..



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...