Balik bercuti baru-baru ni, bukan sahaja peluang untuk berjumpa kaum keluarga. Juga peluang untuk Ibu pi kutip hasil "swap" dan berkirim mahu pun "membeli" dengan rakan-rakan collectors serta sellers yang dah setahun lamanya. Fm ni memang Ibu mintak pos ke Tanah Malaya memandangkan waktu itu Ibu masih was-was nak guna alamat di sini. Banyak sangat dah kes barang-barang yang tak sampai. Nak buat macam mana?? Nak komplen pun bukannya kita boleh menang pun. Sampaikan ada pernah sekali Ibu terbaca dalam satu blog rakan blogger di sini yang mengatakan sistem "delivery" di sini langsung tidak boleh dipercayai. Sedangkan bangsa Eropah dan yang sewaktu dengannya cukup disanjung di sini pun "terkena", kita yang bangsa ASIA ni.. tak tahu laa nak kata apa.. hurrmmmm..
Yang ini "terjumpa" dan "terbeli" masa kat epot Kuwait..
Yang ini pulak buah tangah dari sahabat dari Bahrain.. rezeki jangan ditolak babe..
No comments:
Post a Comment