Selama ni kita asyik sebut JANGAN usik bunga tu.. JANGAN usik pasu tu, JANGAN kacau ayah tengah run apps.. JANGAN main hari panas ni, JANGAN mandi air hujan, JANGAN buat itu, JANGAN buat ini. Tapi pernah tak kita amalkan "24 JANGAN" yang seterusnya ini??
Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh
perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang
mendatangkan keburukan kepada kita.
Terdapat 24 perkara-perkara yang JANGAN dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.
Terdapat 24 perkara-perkara yang JANGAN dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.
p/s: Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari kesilapan hambaNYA juga.
1- JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
2- JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia merbahaya.
4- JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- JANGAN tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan).
6- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- JANGAN keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- JANGAN pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- JANGAN biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- JANGAN bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11- JANGAN menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang pada bila-bila masa sahaja.
12- JANGAN ego dan sombong untuk meminta ma'af kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- JANGAN lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- JANGAN memilih bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- JANGAN banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- JANGAN biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- JANGAN duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- JANGAN merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- JANGAN lupa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- JANGAN memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t, tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadaNYA.
24- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH s.w.t. itu lebih mengetahui.
Kredit pada blog Tok Wan.
No comments:
Post a Comment