Arif yang "melepek" sebab keletihan dan kepanasan..
Kuwait, masih panas, masih berbahang, masih tengit terik, masih membakar kulit dan segala yang sewaktu dengannya. Tapi apakan daya, sekolah tetap sekolah. Jadinya pada masyarakat Tanah Malaya.. bersyukurlah walaupun ada kalanya panas boleh mencecah sehingga 30C, kami di sini lagi parah.. max di sini.. 56C babe. Lagi la pulak ada kalanya HUJAN yang turun tak kira pagi, petang, siang, malam.. amat menyejukkan dan menyegarkan badan. Dengan suasana dingin selepas hujan.. BEST!!!
Lihat sahajalah "cerahnya" gambar keadaan di luar bangunan tempat kami tinggal ini. Jika dibandingkan dengan Tanah Malaya, masih ada tempat berteduh, dengan pokok-pokok yang banyak ditanam di tepi kiri kanan jalan. Jadi bersyukurlah.
Dengan panas yang sebegini, anak-anaklah yang paling senang terjejas. Dengan batuk, selsema dan demam. Setakat sakit kepala tu, perkara biasa laa. Manakan tidak.. di luar panas tapi bila balik sahaja ke rumah.. AIR-COND max. Sebab itu jugaklah, Minah and Pak-pak Arab semua dok pakat keluar dari negara masing-masing bila sahaja masuk musim summer. Panas gilos babe..
Walaupun dalam keadaan berbahang, sempat lagi layan Subway. Sambil-sambil tu layan sejuk air-cond sekejap. Bertuah punya anak..
No comments:
Post a Comment