Beautiful Friends

Thursday, September 20, 2012

Antara dua darjat..


Ini sebenarnya lauk bekal untuk Cik Asben. Kesian ke dia nak meredah panas hanya semata-mata nak pi lunch. So, solution.. bawak bekal laa. Kita pun senang hati knowing that "yang dia makan" tu terkawal dan terjaga kebersihannya. Tambah pulak lauk-lauk di sini sememangnya terhad. Tapi kalau setakat sanggup makan kebab, nasi beriyani, pratha, and geng-geng makanan Arab tu memang banyak la. Fast food.. dah naik jemu..


Yang ini pulak jamuan untuk "seseorang" yang claim nak berdiet. Kunun dah terasa "berat" yang melampau lantaran membedal nasi 3 kali sehari. Tapi memang serius nyer heiran + pelik, masa kat Tanah Malaya makan macam mana banyak pun badan tak naik. Walhal best je melantak macam-macam. Tapi mungkin jugak sebab kat sini kurang sangat bergerak. Hatta besar mana laa yang Ibu boleh ukur rumah ni. 8-11.30am Ibu dah boleh habiskan segala basic routines di rumah ni. Jam 12.15pm pi jemput Arif balik dari sekolah. Then jam 1pm lagi sekali jemput Haazem pulak. Berjalan kaki pun tak keluar peluh. Kalau di kampung, baru menyapu rumah dah meleleh peluh di dahi. Tak yah nak pi gym ke apa-apa. Alahai.. best nyer kalau dok kampung...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...