Beautiful Friends

Wednesday, September 12, 2012

Just the regular.. gulai ikan merah dengan mangga.




Pagi-pagi lagi dah ada yang bertanya, "masak apa hari ni?". Adat laa tu.. ada masa Ibu pun jadi buntu tak tahu nak masak apa. Then mulalah skodeng sana, skodeng sini. Tapi bagi family ni, special case sikit. Pembaharuan tidak sama sekali digalakkan. Yakni, tak payah laa nak over creatif. Takut nanti memakan hati (sendiri). Sebab biasanya anak-anak lebih selesa dengan menu yang routine. Cik Asben sahaja yang biasanya jadi Tukang Test. Yang sebetulnya, kami ni tekak dan perut orang Melayu. Jadi memang confirm laa akan mencari nasik jugak. Kalau dah nasik tu, partner nyer pun sure la lauk-pauk orang Melayu jugak. Dengan sebab itu jugaklah stok wajib seperti cili api, serai, santan (tho' hanya dalam tin), serbuk kunyit dan apa-apa yang regular untuk lauk-pauk orang Melayu, wajib sentiasa tersedia dalam fridge.

Insya'Allah, kalau Ibu stick to the "regular", memang selamat laa. Otherwise jangan laa pulak kecik hati kalau anak-anak dok pakat mintak meggi sebagai penyelesai masalah. 

Makanya hari ini Ibu hidangkan gulai ikan merah dengan mangga. Extra podeh lagi tuu.. Alhamdulillah.. selesai sudah satu bahagian. Untuk dinner, kita fikir yang lain pulak laa

Jika ada yang berhajat dengan resepi.. di bawah tu yaaa..

Bahan-bahannya;
Ikan merah (ikan lain pun okey jer cuma as always.. be reasonable)
Sebiji mangga muda (terpulanglah nak masam yang macam mana)
Cili api secukup pedas
Serbuk kunyit (kalau nak cepat)
Santan pekat 1 tin

Cara-caranya;
1- Blend cili api hingga hancur, tapis dan ambil airnya sahaja.
2- Masukkan santan, sedikit air dan serbuk kunyit, dan kacau selalu.
3- Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan.
4- Cuci mangga dan hiris nipis.
5- Masukkan mangga ke dalam kuah dan masakkan seketika.
6- Perasakan dengan garam
7- Siap sudah..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...