Walaupun baru sahaja selesai bersarapan dan perut pun masih lagi kenyang tapi the moment Ibu selesai masak daging goreng kunyit, terus sahaja masing-masing mencapai pinggan mencari nasik pulak. Lauk yang cukup ringkas dan mudah pulak untuk disediakan. Berguru dengan Cik Asben ni. Biasalah.. tak semua kita belajar dari kelompok keluarga sendiri atau kaum HAWA. Dan jangan pulak disangka kaum ADAM tak pandai bersilat ketika di dapur. Walaupun dah banyak kali Ibu paste resepi yang sama, tapi kalau ada yang berhajat.. silalah..
Bahan-bahannya ;
Daging
(anggaran dalam 500gram)
* Dihiris
nipis
Serbuk
kunyit
Cili
api -hijau dan merah (jika nak pedas)
* Dipotong
serong
Sebiji
bawang besar
* Dihiris
kasar
Cara-caranya;
1- Lumurkan
daging dengan serbuk kunyit serta perasakan dengan sedikit garam.
2- Kemudian,
digoreng kering tanpa menggunakan minyak untuk mengeringkan airnya.
3- Apabila
air daging telah kering, masukkan sedikit minyak.
4- Kacau
serata.
5- Setelah itu masukkan cili api dan bawang.
6- Gorengkan
sekejap.
7- Jika
masih kurang masin, perasakan dengan sedikit garam.
8- Berehhhh…
No comments:
Post a Comment