Beautiful Friends

Friday, September 7, 2012

Serius nyer konpius???


Serius nyer konpius... apa laa yang best sangat lagu ni?? Bila Ibu gugel pasal lagu ni.. its not more than just about HORSE. Tapi virus yang dibawa dek lagu ni memang dasyat. Sampaikan Arif yang kecik tu pun sibuk menggugel dalam youtube then mintak izin nak download dalam gadget. Alhamdulillah Amsyar masih waras. Haazem.. as usual 50-50. Mujur jugak Ibu belum dengar lagi radio station di Kuwait ni yang pasang lagu ni. Or else mau those Korean fans tu melompat suka.

Ibu ni bukanlah anti sangat dengan product from Korea. Once a upon a time.. Ibu pun layan jugak drama Korea macam Princess Hour and a few others. Tapi bila mengenangkan semula yang dapur bakal tak berasap kalau Ibu layan semula Korean siries tu, eloklah dibatalkan sahaja niat tu.

Well, in my personal opinion.. dari dok meniru tarian KUDA yang macam dalam lagu tu, eloklah lagi pi belajar macam mana cara-cara nak sembahyang mayat ke or bagaimana nak solat sunat syukur. Atau dari dok menghafal lirik lagu tu, eloklah lagi kalau dicuba menghafal surah Maryam to those yang berusaha hendak mendapatkan anak perempuan atau dicuba sahaja menghafal surah-surah pendek yang boleh dibaca semasa solat. Itu rasanya lebih afdhal dan berfaedah.

Jangan pulak ada yang "sentap" bila baca komen Ibu ni. As I said.. this is only ME.. and no offense to anybody.

Ikhlas dari Ibu Sham.. assalamualaikum...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...