Balik ke Tanah Malaya sememangnya satu peluang yang amat berharga. Peluang balik ke kampung halaman sudah tentu mengundang pelbagai jenis aktiviti yang hanya boleh dilakukan di sana. Bagi Cik Asben, peluang sebegini sudah tentu amat ditunggu-tunggu. Operasi "menembak" sewajarnya tidak dilupakan. Jika pada kami "wishlist" hanya untuk kategori makan-makan, tidak pula pada Cik Asben. Biasanya Cik Asben akan "hilang" keluar rumah sesudah subuh hinggalah sampai waktu untuk sarapan pagi. Jika tidak pun, selepas asar hingga ke maghrib. Tapi Ibu tak perlu khuatir sebab biasanya Cik Asben pi menembak hanya di kawasan berdekatan. Mujur pantai dekat dengan rumah. So tak perlulah kami tercari-cari. Even, kaum keluarga jugak sudah faham dengan hobi Cik Asben. Bila di tanya "apa best nyer menembak di kampung?".. jawabnya cukup simple "sebab kampung kita cantik".
No comments:
Post a Comment