Alhamdulillah.. syukur.. akhirnya selamat sudah kami sampai kembali ke Negara Pasir Berdengung. Walaupun diharapkan masa boleh berlalu perlahan, namun akhirnya ia sampai juga. Itu pun Allah masih memanjangkan rezeki Ibu untuk berada di Tanah Malaya. Flight kami yang sepatutnya due on jam 3.15 pagi ditunda sehingga 7.25 pagi. Dalam marah angkara flight delay, ada juga rahmatnya.
Namun tidak tergamak pulak hati untuk meminta ahli keluarga sama-sama menunggu kami di KLIA sehingga subuh. Terutamanya kepada anak-anak yang masih kecil. Tambahan pulak pada siangnya masing-masing sangat penat menziarahi rumah terbuka saudara di Batu Kikir. Akhirnya selewat jam 3 pagi Ibu pohon Omak and Ayah untuk pulang sahaja. The longer they are there, makin sedih lagi hati ini.
Air mata pula yang puas dibendung sejak sehari sebelum tarikh penerbangan, akhirnya jatuh jua. Mana tahan babe, sudah hampir dua setengah bulan berjimba dan bergumpal dalam kelompok ahli keluarga akhirnya kami terpaksa jua meneruskan kehidupan biasa tanpa mereka di Kuwait.
Haazem pulak yang sememangnya "ada bunga dalam taman" tidak dapat langsung menahan perasaan, namun sebagai seorang lelaki, Manja Ibu cuba juga menyorokkan kesedihannya. Namun dari riak muka, Ibu tahu dia sedih untuk meninggalkan Tanah Malaya terutamanya Uwan yang saban malam menjadi teman peneman tidurnya.
Bujang Sulong pulak mungkin atas faktor usia, cuba setabah mungkin untuk tidak menangis. Nevertheless, merah jugak bijik mata kerana cuba tidak menangis.
Cuma Arif the Cinonet yang "happy" nak balik ke sini. Tidak langsung menunjukkan riak sedih dimukanya kerana baginya, rumahnya adalah di "sini"...
Boys will forever be boys..
Sempat lagi layan bola tu..
Only in Kuwait
Alhamdulillah.. semuanya selamat sampai ke destinasi..
No comments:
Post a Comment