BUASIR : Apa
Yang Perlu Anda Lakukan?
Buasir
adalah sangat biasa dan jarang yang berbahaya, tetapi ia perlu dirawat.
Serangan buasir selalunya sangat menyakitkan.
Apakah Buasir?
Buasir atau hemoroid berpunca daripada pembesaran 'segugus' vena yang terletak
di bahagian atas saluran dubur.
Buasir Luar.
Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar
pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya
semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan
tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple.
Buasir Dalam.
Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum.
Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan
menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.
Apakah Gejala Buasir?
- Buasir
kadangkala menyebabkan pendarahan sewaktu membuang najis.
- Keadaan
ini boleh dikaitkan dengan ketidakselsaan setempat, dihubungkan dengan
pembengkakan, pergerakan ke bawah, dan tersembul keluar daripada dubur yang
diselaputi gugusan vena. Keadaan ini dipanggil prolaps hemoroidal.
- Buasir
juga dikaitkan dengan kesakitan, rasa gatal ataupun lelehan.
- Apabila
suatu bengkak yang kebiruan dan sangat menyakitkan muncul dalam salah satu
daripada vena yang mengelilingi dubur, ini dihubungkan dengan apa yang
dipanggil trombosis hemoroid eksternal. Ini adalah tidak berbahaya dan doktor
anda dapat melegakan kesakitan anda dengan mudah melalui rawatan.
- Dalam
setiap kes, apa-apa gejala pun dan khususnya apabila tanda klinikal hadir,
hubungi doktor anda; doktor anda akan menentukan rawatan yang paling sesuai
untuk anda.
Mengapakah Hal Ini Berlaku?
Faktor
tertentu lain yang diketahui menyebabkan kesakitan mendadak ialah:
1 - Cirit
berpanjangan.
2 - Kehamilan.
Mengandung
adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan
yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan
darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini
dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang
hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih
"relax", dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta
bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit.
Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu
mengurangkan masalah ini.
3 - Makanan
yang menyebabkan rangsangan setempat (makanan berempah, alkohol, kopi atau teh
yang berlebihan).
4 - Sembelit.
Najis
yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini
menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada saluran venus di bahagian
dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir
dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.
5 - Berat badan berlebihan di mana berat badan berlebihan memberikan
tekanan yang lebih kepada saluran venus.
Adakah buasir penyakit keturunan ?
Tidak ada bukti yang sahih menyatakan bahawa buasir adalah penyakit yang diwarisi. Bagaimanapun ada keluarga yang nampaknya lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding keluarga lain. Ini berlaku mungkin kerana pemakanan yang diamalkan oleh sesebuah keluarga tersebut.
Adakah buasir akan menyebabkan kanser ?
Buasir
tidak menyebabkan kanser atau bertukar menjadi kanser. Haruslah diingat bahawa
pendarahan di bahagian dubur mungkin bukan disebabkan oleh buasir sahaja.
Pendarahan mungkin adalah sebagai tanda awal penyakit kanser usus. Adalah
sangat mustahak untuk anda membuat pemeriksaan lanjut sekiranya berlaku
pendarahan di bahagian dubur anda atau bila anda mendapati najis anda menjadi
merah atau hitam (darah telah bercampur dengan najis).
Bagaimana buasir dirawat?
Rawatan
adalah perlu untuk menghindarkan penyakit dari bertambah teruk.
Ubat
yang sesuai boleh memberikan anda kelegaan dengan segera dan berkesan oleh itu dapatkan
nasihat daripada doktor anda.
Kadangkala
doktor anda akan menggabungkan kaedah lain dengan rawatan menggunakan ubat ini :
sklerosis (suntikan pembekun), penyejukbekuan atau koagulasi inframerah
(pembekuan) ataupun pembedahan.
Rawatan
ini harus digabungkan dengan beberapa makanan ringkas dan aturan gaya hidup
untuk membantu anda memulihkan fungsi usus dan melawan sembelit.
Beberapa petua mudah untuk membantu memulihkan penyakit
buasir.
Minum
air dengan banyak : sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 liter setiap hari.
Elakkan
makanan yang boleh menyebabkan rangsangan setempat (makanan berempah, alkohol)
atau rangsangan usus (kopi, teh).
Amalkan
bersenam seperti berjalan-jalan atau berenang. Senaman yang kerap dan berjadual akan memberikan
"tone" yang sihat kepada otot-otot yang berkaitan. Ini mengurangkan
lagi risiko menghidap buasir.
Makan
makanan seimbang : makanan kaya serat, bijirin, buah dan sayur-sayuran.
Gunakan
tandas pada masa yang tetap, misalnya apabila bangun tidur, selepas minum
banyak air.
Pengambilan
ubat laxative. Ubat
laxative terutamanya bulk laxative bertindak sama seperti pengambilan serat
yang tinggi. Ia akan memudahkan pembuangan air besar tanpa perlu melakukan
teranan yang kuat.
-Bonus –
Kaedah rawatan dengan herba atau tumbuhan.
Ambil
satu perdu (satu pokok termasuk akar, daun dan buah) pokok belimbing tanah atau
belimbing bukit (bukan belimbing buluh) selepas bersihkan rebuskannya sehingga
mendidih.
Minumlah
air tersebut 2 kali sehari. Insya’Allah dalam dua hari akan segera sembuh. Air
itu juga boleh mengubati darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan lemah
jantung.
No comments:
Post a Comment