Beautiful Friends

Wednesday, May 16, 2012

3 perkara yang akan mengikut mayat.


3 perkara yang akan mengikut mayat adalah :
  
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada 2 yang kembali dan 1 akan tinggal bersamanya iaitu :
Keluarga dan hartanya akan kembali.
Sementara amalnya akan tinggal bersamanya.  

Maka ketika roh meninggalkan jasad, terdengarlah suara dari langit memekik, “Wahai Fulan Anak Si Fulan”.

Apakah kau yang telah meninggalkan dunia, atau dunia yang meninggalkanmu.
Apakah kau yang telah mengumpul harta kekayaan, atau kekayaan yang telah mengumpulmu.
Apakah kau yang telah mengubur dunia, atau dunia yang telah menguburmu.

Ketika mayat bersedia untuk dimandikan, terdengar dari langit suara memekik, “Wahai fulan anak si fulan”.

Mana badanmu yang dahulunya kuat, mengapa kini terkulai lemah.
Mana lisanmu yang dahulunya fasih, mengapa kini bungkam tak bersuara.
Mana telingamu yang dahulunya mendengar, mengapa kini tuli dari seribu bahasa.
Mana sahabat-sahabatmu yang dahulunya setia, mengapa kini ghaib tak bersuara.

Ketika mayat siap dikafan, suara dari langit terdengar memekik, “Wahai fulan anak si fulan”.

Berbahagialah apabila kau bersahabat dengan redha.
Celakalah apabila kau bersahabat dengan murka Allah.
Kini kau tengah berada dalam sebuah perjalanan nun jauh tanpa bekal.
Kau telah keluar dari rumahmu dan tidak akan kembali selamanya.
Kini kau tengah safar pada sebuah tujuan yang penuh pertanyaan.

Ketika mayat diusung, terdengar dari langit suara memekik, “Wahai fulan anak si fulan”.

Berbahagialah apabila amalmu adalah kebajikan.
Berbahagialah apabila matimu diawali dengan taubat.
Berbahagialah apabila hidupmu penuh dengan taat.

Ketika mayat siap disolatkan, terdengar dari langit suara memekik, “Wahai fulan anak si fulan”.

Setiap pekerjaan yang kau lakukan kelak kau lihat hasilnya di akhirat.
Apabila baik maka kau akan melihatnya baik.
Apabila buruk, kau akan melihatnya buruk.

Ketika mayat dibaringkan di liang lahat, terdengar suara memekik dari langit, “Wahai fulan anak si fulan”.

Apa yang telah kau siapkan dari rumahmu yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gulita di sini, "Wahai fulan anak si fulan".

Dahulu kau tertawa, kini dalam perutku kau menangis.
Dahulu kau bergembira, kini dalam perutku kau berduka.
Dahulu kau bertutur kata, kini dalam perutku kau bungkam seribu bahasa.

Ketika semua manusia meninggalkannya sendirian, Allah berkata kepadanya, “Wahai hambaKu”.

Kini kau tinggal seorang diri.
Tiada teman dan tiada kerabat.
Di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap.
Mereka pergi meninggalkanmu seorang diri.
Walhal, kerana mereka kau pernah langgar perintahku.


Hari ini,

Akan kutunjukkan kepadamu.
Kasih sayangKu.
Yang akan takjub seisi alam.
Aku akan menyayangimu.
Lebih dari kasih sayang seorang Ibu pada anaknya.

Kepada jiwa-jiwa yang tenang Allah berfirman,  “Wahai Jiwa Yang Tenang”

Kembalilah kepada tuhanmu.
Dengan hati yang puas lagi diredhaiNya.
Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu.
Dan masuklah ke dalam JannahKu.

Rasulullah saw menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadisnya yang lain, beliau bersabda :

“wakafa bi almauti wa'idha”.

Yang bermaksud :
Cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu.

Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin.... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...