TO ALL SUBSCRIBERS, THIS IS YOUR ACCOUNT NOTICE !
Please note that your PAHALA balance is not sufficient to maintain your AKHIRAT account. Please recharge your AMALAN to reload your SYURGA credit line.
Please note that your PAHALA balance is not sufficient to maintain your AKHIRAT account. Please recharge your AMALAN to reload your SYURGA credit line.
Bayangkan ini adalah notis peringatan dari Maxis, Digi atau mana-mana operator yang sewaktu dengannya. Pastinya sudah ada di antara kita yang kelam kabut mencari ikhtiar untuk "top-up" semula akaun. I know because once pernah my mom drive ke 7-11 (at 11.30 pm) hanya semata-mata nak tambah nilai kredit. Me on the contrary, prefer guna postpaid. Same goes with Amsyar and Haazem. Punya la panic kalau dapat reminder dari Wataniya pasal bab-bab kredit ni. Macam la tak boleh hidup kalau tak ada internet access.
Tapi pernahkah kita "kelam-kabut" in term of our deeds to Allah?? Sedarkah bahawa kita semua ini adalah 100% wajib menjadi BAKAL JENAZAH? Life is too short and we never know bila "kematian" bakal menjemput kita.
The most basic thing, 5 times solat in a day pun kita banyak alasan. Walhal, access yang Allah beri pada kita "full wide coverage" lagi tu. Itu belum dikira lagi dengan macam-macam kerosakan yang kita dah buat dengan harta Allah. DIA mintak kita repay in the most modest way pun, kita masih banyak "dakwa-dakwi". Kalau hendak dikira dengan digital weight scale pun, confirm masih banyak hutang kita pada Allah.
Ada masanya memang kita rasa TERPAKSA buat itu dan buat ini. But again, pernahkan kita fikirkan semula bahawa dengan TERPAKSA itu sebenarnya mendidik kita agar menjadi insan yang lebih baik, lebih mulia? Alah bisa, tegal biasa.. Mula-mula terpaksa, lama-lama biasa la. Sama seperti solat, menutup aurat, puasa, bayar zakat dan banyak lagi. Mungkin berat jika kita berada di peringkat awal, tetapi.. believe me. Bila dah biasa, tak rasa apa pun.
Jangan la sampai di label sebagai kufur nikmat. Ini tidak.. kalau dapat notis amaran atau surat saman dari Maxis atau Digi, pandai pulak melenting atau malu. Tapi by the end on the day, still kita kena bayar jugak. Akur dengan syarat-syarat dan terma-terma yang termaktub dalam syarat-syarat sebagai pelanggan. Tapi hidup menumpang atas muka bumi Allah ni nak free saja. Cuba la malu dengan diri sendiri weiii...
NOTA KAKI;
Peringatan di atas tidak ditujukan kepada sesiapa yang berkenaan melainkan "diri sendiri" sahaja.
No comments:
Post a Comment