Beautiful Friends

Thursday, May 17, 2012

Ayam masak tomato, untuk anak-anak KAFA


Assalamualaikum all,

Khamis malam Jumaat. Kebiasaannya jam 7.00 malam bertempat di Kedutaan Malaysia Kuwait akan diadakan KAFA untuk anak-anak Malaysia. KAFA ataupun kelas agama dan fardu ain, sememangnya ditunggu-tunggu oleh anak-anak Ibu. Selain daripada dapat belajar pelbagai ilmu agama di sana, peluang ini juga diambil untuk bertemu rakan-rakan senegara seminggu sekali serta menjamu selera dengan pelbagai juadah hasil air tangan kaum Ibu di sini. Tapi ada masanya, IBU-IBU yang testing dulu segala potluck yang dibawa. Kunun, nak test mana yang pedas, mana yang tidak...

Hari ini Ibu masak ayam masak tomato. Sebetulnya ini join-venture program dengan Cik Zura. Ibu masak lauk, Cik Zura pulak masak nasi putih. Ye la, hampir setiap minggu menu yang sama.. nasi goreng, mihun goreng, mi goreng (dah itu je yang Ibu boleh buat) so kali ni Ibu try pulak la masak lauk. Harap-harapnya ada sambutan dari anak-anak. Promise.. Ibu tak masak pedas.

Tapi kali ni Ibu tak guna sos totamo atau sos cili (seperti biasa) tapi guna tomato puri segar yang dikisar. Memang renyah sikit la sebab lama jugak nak tunggu sos tu kering. Tapi alhamdulillah, hasilnya tidak menghampakan. 

Jika ada yang sudi berkongsi ilmu, resepi ada di bawah ya.

Bahan-bahan;
Ayam 
- Ibu cuma guna bahagian peha dan kepak, anggaran dalam 30 ketul
* 2 biji bawang besar
* 5-6 ulas bawang putih
* Sedikit halia
- Semua bahan * dikisar hingga halus
Tomato puri 2 tray
- Anggaran dalam 400-500grams, juga dikisar halus
3 sudu makan sos tomato
Gula
Garam
2-3 batang kayu manis

Cara-caranya;
1- Perap ayam dengan serbuk kunyit, garam serta sedikit serbuk kari.
(kalau tak suka bau kari, tak perlu la guna serbuk kari)
2- Ayam digoreng separa garing, toskan minyaknya dan ketepikan.
3- Tumis bahan kisar * hingga naik bau.
4- Masukkan pula pes tomato puri yang telah dikisar halus dan masakkan sehingga separa kering atau sehingga mendapat kepekatan yang dihajati.
5- Untuk mendapatkan warna merah yang lebih cantik, masukkan sos tomato.
(pes tomato asli tidak berapa merah sangat sebenarnya)
6- Kemudian masukkan pula ayam yang telah digoreng tadi bersama kayu manis.
(fungsi kayu manis, untuk aroma yang lebih wangi)
7- Perasakan dengan garam dan gula.
8- Gaul serata, selesai sudah.

Adat la kalau beli dalam tray, hat atas semua cantik & comel-comel
Tapi kat bawah terselit jugak yang dah "hampir mengerutu"

Nota kaki;
Semasa pes tomato hampir mengering ia akan lebih kerap memercik,  jadi dinasihatkan agar lebih berhati-hati. Nanti ada pulak yang berbalut tangan. Kan ke haru...





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...