Assalamualaikum
all,
Last
few days semasa Ibu blog walking, terserempak pulak dengan satu entri yang pada
Ibu cukup menarik. Satu kenyataan yang amat ringkas dan mudah tapi selalu di
pandang remeh oleh kebanyakan kaum wanita yang bergelar "isteri" hari
ini. Walaupun dengan status serta pangkat yang dipegang, masih tidak melayakkan
si isteri untuk bersifat ego lebih-lebih lagi kurang sopan apabila bersama si
suami. Diharapkan, dengan ilmu yang dikongsi di sini, sedikit sebanyak dapat
membantu menambah baik lagi hubungan antara suami iseri.
1.
Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka
menyampuk atau memotong cakapnya.
2.
Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri. Sikap suka menjawab,
bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan
suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari
atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda
sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah
jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan
senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami
meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3.
Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun
sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi,
teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan
menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap,
cucur, bubur,apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak
dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping
tidak terjamin kebersihannya.
4.
Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah.
Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang
untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara
suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
5.
Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila
disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan
kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh,
hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
Sabda
Rasulullah saw :
"Apabila
memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga
marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat
sehingga ke pagi."
(Riwayat
Bukhari dan Muslim)
6.
Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau
suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak
lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati.
Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga
hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut
seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7.
Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit.
Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan cantik. Jangan
dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri
samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya
dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat
menampung ekonomi rumahtangga.
8.
Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami
iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi
kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi
sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi..
9.
Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami,
begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah
ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan
satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10.
Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada
ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu
kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat
diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang
lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya
meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah
perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti
inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
No comments:
Post a Comment