Beautiful Friends

Tuesday, May 8, 2012

Gulai ikan talapia daun pegaga


Ello all,

Badan tak berapa segar, mungkin sebab cuaca yang semakin panas, mungkin berjangkit dari Cik Asben or maybe sebab terlebih rajin. Biasa laa, semangat tu ada.. tapi bila dah terlebih rajin.. mula la sakit sana sakit sini (ayat skima nak mintak kesian dari Cik Asben). Tapi aktiviti masak harus diteruskan. Tambahan pula dengan 3-boys in the house. Kalau menapau sahaja, kompom tak berbaloi.

Anyway, setelah sekian lama tak menggulai, maka wajib la diulang tayang menu turun-temurun nenek moyang orang Negeri Sembilan ni. Extra podeh. Tapi hasilnya masih "kurang podeh". Maybe sebab stok cili baru. So Ibu belum dapat "adjust" lagi.

Gambar tu pun direct dari dalam kuali sahaja. Lantaran Vitamin M masih banyak, and lagi nampak "ori" (ayat nak double cover diri sendiri). Okey, without further ado, jom semak resepi.

Bahan-bahan;
Ikan talapia
Cili api secukup pedas
Santan pekat 1 tin
Sedikit air
Serbuk kunyit
Asam keping (jika suka)

Cara-caranya;
1- Blend cili hingga hancur, tapis dan ambil airnya sahaja
2- Masukkan dalam kuali bersama santan, sedikit air dan sedikit serbuk kunyit.
- kalau guna kunyit hidup/segar, lagi best.
3- Kacau selalu dengan api yang sederhana besar.
4- Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan talapia yang telah dicuci bersih.
5- Masukkan juga asam keping.
6- Apabila ikan telah masak, masukkan daun pegaga dan perasakan garamnya.
7- Settle.

Nota kaki;
* Ibu gunakan 2 keping asam keping bagi menambahkan perasa dalam masakan ini. Maklum sahajalah, ikan talapia ni rasanya lebih lemak dan manis.
* Di dalam gulai ini juga, Ibu ada selitkan 2 keping telur ikan parang. Untuk mengelakkan telur ikan hancur, masukkan dahulu telur ikan, dan hanya selepas telur ikan mengeras barulah dimasukkan pula ikan. Insya'Allah, hasilnya, tidak menghampakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...