Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah :
Ayahnya
Apabila
seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia
tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya
tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia
sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s;
Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu
sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat? menutup aurat? pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka
bersedialah untuk menjadi bahan bakar di neraka jahannam).
Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
(p/s; Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Di manakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana).
Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas, kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat).
Anak-anak lelakinya
Apabila
seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi
Islam. bila ibu membuat kemungkaran
mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s;
Duhai anak-anak lelaki sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika tersalah atau
terlupa kerana ibu juga insan biasa. Tidak lepas
dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka jika tidak,
kau juga akan ditarik menjadi penemannya).
Lihatlah betapa
hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya
begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah swt :
No comments:
Post a Comment