Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum
anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki
kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya
tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan
oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Barang
siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah
menebus dirinya dari Allah, maka menyeru dari pihak Allah di langit dan di
bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi hamba Allah yang merdeka
sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Barang siapa
membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia
tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah
saw pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya. Siapakah antara kamu yang
dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali
mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca
surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata
Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda :
Ketika
saya (Rasulullah saw) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000
tahun perjalanan. Pada
tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap
satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang
sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah
Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka :
Wahai
Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang
yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda
Rasulullah saw lagi :
Demi
Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat
Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa
membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7
kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala
bala hinggalah ke Jumaat yang berikutnya.
Jika
dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya
tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Sabda
Rasulullah saw “Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat”.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1- Sedekah/amal
jariahnya
2- Doa
anak-anaknya yang soleh
3- Ilmu
yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment